Thursday, June 12, 2014

Mimpi..

Assalamualaikum..

Harini teringin nak cerita pasal mimpi (setelah sekian lama menghilangkan diri kan)
Pernah tak mengalami mimpi yang tak dapat dilupakan.. walaupun sekian lama

Yerr... saya ada satu mimpi yang saya takmo lupakan dan saya juga tak dapat lupakan.

saya pun dah tak ingat bila, dan tak ingat hari apa.. dah bertahun kut... mungkin 7 8 tahun lepas

seingat saya, dalam mimpi tersebut saya melihat seseorang yang berpakaian sangat bersih & putih dibawah pokok yang sangat rendang
suasana sangatlah indahnya, nak kata pagi pun tidak
Dihadapan saya ada sungai yang sangat jernih airnya... dan orang tersebut seolah2 melambai2 saya
Terasa nak sangat ke tempat beliau tapi kena melalui sungai tersebut
diakhir mimpi tuh saya merasakan seolah2 ada yang mengatakan itu adalah Rasulllah s.a.w... tapi saya langsung tak teringat macamana rupanya.. dan terus terjaga

Teringin nak mimpi lagi, tapi apakan daya
mungkin diri ini agak kurang mengingati Rasulullah s.a.w
tak mengamalkan sunnahnya
tak menjadi umat terbaik

Moga Allah permudahkan untuk kita semua mendapat hidayahnya, beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangannya. Moga kita semua tergolong dalam insan yang bertaqwa

Wednesday, May 21, 2014

Aku hamba

Asal-asal kejadian manusia adalah untuk menjadi HAMBA ABDI..

Apa yang ada disekeliling juga menjuruskan manusia untuk menjadi hamba..

Kenapa? Hamba sentiasa berhajat kepada pertolongan, hamba sentiasa berhajat kepada perlindungan.. tuannya

Tapi manusia diberikan pilihan... pilihlah untuk memilih TUAN

Kalau manusia pilih untuk ikut nafsunya.. jadilah ia hamba nafsu
Kalau manusia pilih untuk ikut bisikan syaitan... jadilah ia hamba syaitan

Kerana itu Allah berikan petunjuk kepada manusia dengan menurunkan manusia contoh (Rasul dan Nabi) dan kitab panduan sebagai penunjuk jalan

Manusia yang berakal waras, dan dapat hidayah dari Allah akan memilih untuk bertuankan Allah, yang Maha Berkuasa

Moga kita dikurniakan hidayah olehNya untuk bertuankan dan bertuhankan Allah azzawajalla...
Moga kita kekal dengan hidayahnya sampailah keakhir hayat kita didunia ini
Moga kita hidup sebagai hamba yang diredhai Tuannya

Bagi manusia yang dicintai oleh tuannya..
Allah akan beritahu Jibrail bahawa Dia mencintai sifulan si fulan, dan Allah perintahkan Jibrail supaya mencintai hambanya ini
Dan jibrail pula memberitahu penghuni langit yang Allah mencintai sifulan... hebatnya manusia yang dicintai oleh Allah kan?

Dalam sebuah hadith qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai pulalah dia oleh kalian semua, maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” 

Tuesday, May 20, 2014

Rantaian makanan

 
Rantaian makanan..
Sumber dari google
 
Pelik tak?
Manusia pun makan, tapi manusia tak masuk dalam rantaian makanan ini?
Sebab manusia dijadikan untuk mendapat manfaat dari semua ciptaan Allah di atas dunia ini. Maka manusia mendapat manfaat dari semua dalam rantaian ini.
 
Maha Suci Allah Yang Menjadikan Alam Ini...

Thursday, May 15, 2014

Asam garam gula

entry ini ditujukan khas buat hubby tercinta..
hari ini 15hb may..
bukanlah hari ulangtahun perkahwinan pun.. tapi bulan may ini mengingatkan saya pada satu peristiwa.

Lama dulu... saya selalu tertanya2 kenapa abang selalu sakitkan hati saya tau.. tapi dalam sakit2 hati tuh kekadang nampak macam ambil berat. Kalau sakit pun, ada jer kawan2 yang tolong sampaikan salam or sampaikan makanan... Dalam diam2 saya rasa macam jatuh hati jer fuhhhh lama weih nak mengaku nih, tapi tetap jugak ada sakitkan hati saya kan..

Sampaila satu masa, saya ingatkan thats it.. saya malas dah nak layan perasaan, yang kekadang sakit hati kekadang sukahati... tapi apa abang dah buat?
First time abang berterus terang dengan saya... arrgghhh malu weh ingat saat itu... tu la tarikh 15hb May...

Saya yang tak pernah jatuh cinta nih :-P tetiba tidur pun tersenyum wakakaka
dan sememangnya both of us... first time jatuh cinta
alhamdulillah.. walaupun bercinta tapi masih terjaga, tak pernah pegang tangan tau before kawin... keluar pun dengan kawan2.. kecuali kalau temankan saya ke stesen bas bila nak balik kampung lah. fuh.. dulunya bukan main ganaz,, tetiba nak berteman plak kuikui

The best about you:

Cool - walaupun org kata kelahi laki bini tuh biasa jer, tapi rasanya tidak biasa pada kita.. setakat saya kenal abang, tak pernah sekali pun abang tinggikan suara. Tak pernah pun kita kelahi or bermasam muka kan... weih berbelas tahun tak pernah kelahi nih..

independent - gosok baju sendiri, kemas baju kalau nak travel pun sendiri... kekadang kalau butang tanggal pun abang jahit sendiri kan (ikut sunnah betul)

ringan tulang - walaupun abang tak suka lipat kain, tapi basuh kain dan sidai kain memang dah jadi tugas rasmi abangkan. Teringat plak saya mula2 kawin dulu... abang dok membebel kalau saya susun hanger tak ikut warna & jenis kuikui.... saya hentam karam jer apa perlunya warna kena sama aishhh. Abang pun tak pernah lupa nak basuh pinggan lepas makan... tak pernah pun saya suruh, tapi abang sentiasa akan kutip semua pinggan dan basuh dan siap basuh sinki sekali

loving - walaupun abang ni bukanlah sorang yang suka bergurau, kekadang muka serius jer memanjang.. tapi saya dapat rasanyakan yang u r a loving person

Adil - sistem giliran untuk raya sentiasa dipatuhi... sentiasa ada toleransi. Kalau beli hadiah pun, mesti abang beli untuk mak abang dan mak saya jugakan. Kalau nak balik kampung saya pun abang tak pernah tolak. Kekadang kalau dapat bonus, abang belikan saya hadiah, dan belikan jugak untuk mak...

TQ for understanding me...dan menerima saya yang banyak kekurangan ini seadanya.

Wednesday, May 14, 2014

Oh kejutan apakah ini?

Assalamualaikum

blog yang selalu ditinggal-tinggalkan kan..
menulis dikala rasa nak menulis

this week aku dikejutkan dengan satu berita...
aku pun confuse, berita gembira or tidak..
satu ujian or satu rahmat?
seharusnya aku ucapkan alhamdulillah..
tapi aku sangat takut...


boleh tak dibayangkan, seorang perempuan yang dulunya lalai dalam mengingati Ilahi, sibuk dengan urusan anak2 dan keluarga, disuatu ketika ia diberikan ujian, dengan ujian tersebut ia kembali sedar dan bersungguh2 dalam mengejar cinta Ilahi. Takut sungguh kalau cintanya pada anak2 dan keluarga melebihi cintanya pada Ilahi.. anak pun dah besar... dah tiada lagi sesi bangun malam bancuh susu, anak pun dah berdikari, malamnya tidur awal, pagi bangun awal, tahajjud, isnin dan khamis berpuasa.. indah sekali. Wang yang terlebih dibelanjakan untuk si yatim dan miskin etc etc

tetiba diberitakan, mengandung lagi?
apakah sekali lagi akan lalai dan leka dengan anak2? dapatkah nak meneruskan ibadah kepadaNya, tanpa rasa tak larat, penat dan letih. Oh besar cabarannya terutama bila umur dah meninggi... mungkin kalau dapat diteruskan bermujahadah.. besar pahalanya. tapi kalau tetiba leka kembali, alangkah teruknyanya diri ini, sungguh menakutkan kerana usia yang tersisa, sempatkah agaknya aku kembali lagi.

Aku mohonkan kekuatan padaNya, moga dipermudahkan
moga direzekikan anak yang soleh dah solehah
apa2 yang di tetapkan oleh Allah tetap akan terjadi, apa2 yang ditetapkan tidak terjadi maka tidak akan terjadi, tiada daya upaya diri ini melainkan dengan kekuatan dariNya

Moga ianya rahmat dariNya disebalik ujian yang datang.. mungkin tanpa ujian ini, tidak tahu sebesar mana kesungguhan aku, hanya ketika senang2 jer nak bangun malam dan bermunajat padaNya, tapi bukna pada waktu sibuk dan penat. sesungguhnya tidak akan diuji seseorang itu diluar kemampuannya kan.
Doakan moga inilah yang terbaik buat ku
aminnn

Thursday, May 8, 2014

Resepi hati....

Assalamualaikum
 
Ya ampun.. kalau tetiba kawan2 cari resepi hati tapi tetiba masuk kat sini dapat resepi lain plak kan
 
Saya seronok....
Seronok baca buku2 ini, bukan sekadar baca, sebab, agak straight forward bila hanya membacanya
 
 
 
Tapi sambil mendengar syarahnya/huraian disini
 
or kat sini
 
Now dah pun di hikmah yang ke 78 (jilid2)
 
 
Saya beli dua buku ni kat PBAKL tahun lepas, baru tahun nih masuk jilid2.... Rasanya masa tuh dapat 30% discount kut, kalau tak silap dua buku nih cuma RM70
 
Buku ni terbitan telaga biru
Now dah ada jilid 3, terbitan pustaka cahaya kasturi, baru jer beli kat PBAKL baru nih. Tapi simpan dululah hihi
 

Tuesday, April 29, 2014

Rezeki rezeki rezeki

Assalamualaikum..

Ingin mencoretkan sesuatu, tetapi takde idea.
Mana pergi entah idea nih

Dah tengahari ni mulalah nak buka bekal kan.. perut dah lapar hihihi..

Few months back orang dok bercerita pasal kenaikan barang, banyak ketidakpuasan hati diluahkan di media sosial.. topik hangat. Tapi lately nih dah hilang plak cerita tuh, sedikit2 hilang lenyap dari dinding muka buku.

Tadi saya membelek2 buku syarah alhikam Jilid 1, karangan Ustaz Zulkifli alBakry

Tetiba terbaca plak pasal Bahlul si Gila ini... ini muka surat last before glosari




 
Ayat2 last tuh memang bertepatan sangat dengan keadaan kita sekarangkan.
Kut kita merungut menangis merintih pun pasal kenaikan harga barang, ianya tetap naik jugak, ye laaaa mungkin ada yang menyalahkan kerajaan, tapi apa yang within ourself yang boleh kita ubah? Or apa yang tak kena dengan kita yang boleh kita ubah?
Berubah untuk lebih taat kepada Allah, berubah untuk lebih ibadah kepada Allah..
lain2 hal.. leave it to Allah to decide, kerana rezeki kita telah dijamin olehnya. Dan jangan lupa usaha kita, kerana rezeki yang Allah berikan perlu disertakan dengan usaha, itu sunnatullah
 
Baru2 ini.. Seorang sahabat bertanyakan saya... tak rasa rugi kah menjual rumah dibawah harga pasaran? (recently kami jual rumah yang mana kurang dalam 40k jugaklah dari harga pasaran)... mula2 di tanya begitu saya sentap jugak.. tapi bila fikir lebih mendalam, apa yang Allah tetapkan itu rezeki aku, tetaplah jugak rezeki ku. Apa2 yang bukan rezeki kami, kut dah dalam gengaman pun pasti akan hilang juga. Kalau bukan rezeki kami, bermakna rezeki pembeli kami kan.. so berlapang dada. 
Selama ini pun siapa yang merezekikan kami untuk membeli rumah tersebut, dan merezekikan kami untuk hold rumah itu sampai kehari ini(banyak kali dah hubby nak jual), dan merezekikan kami untuk mendapat untuk berlipat kali ganda dari pembelian itu (harga beli kami 8 tahun lepas cuma 179k, but market price now dlm RM480k, tapi kami jual RM430k).. sesuatu yang tak terjangkau fikiran tetapi kalau Allah beri... tiada yang mustahil
 
Harga naik or harga turun.. jual mahal or jual murah... semuanya tidak penting..
yang penting adalah bagaimana ibadah kita kepadaNya
 
Oh aku.. Manusia yang selalu lupa dan lalai... ingatlah Allah dari setiap nafas mu. Moga di nafasmu yang terakhir, Allah akan bersama mu
 
Wassalam
 
 

Friday, April 25, 2014

Plenty of food

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wah dah makin culas nak menulis disini..

Hari2 balik kerja dok fikir nak masak apa.. aishhh terasa plak dengan kata2 ustaz, kita ni macam burung plak, dok pikir makan jer memanjang, bangun tidur jer pikir makan, nak tidur pikir makan, bangun2 fikir makan hihi

Dannn.. saya bereksperimen. Bukanlah apa pun, sekadar bereksperimen tak nak fikir sangat apa nak makan. Dan masa shopping on weekend arituh saya tak beli pun barang basah, sebab rasanya masih banyak lagi dalam peti ais. Ok.. fail jugak sebab tengah minggu tetap mengunjungi si raksaksa kat ofis, tapiiii minimum visit, bukan EVERYDAY!... (before this almost everyday, ada ajer nak beli itu ini.

Surprisingly, still boleh makan dengan kenyang. Ok.. let me recall..
Isnin - nasi+tenggiri kicap+kacang buncis goreng
Selasa - bihun goreng
Rabu - Nasi+sup sayur+telur goreng+puding roti
Khamis - Roti john +Nasi+betik+tembikai+ikan masin masak sambal+ikan bakar

Seeeeeee... memang plenty of food. korek2 kat dapur, ada jer. Napalah saya dok risau sangat pasal makan. Saya nak belajar berpada2 dengan makan... takmo pikir lebih2 sangat, but planning tetap ada supaya tak mebazir.
Kekadang tuh dapat makan lempeng tepung dengan kuah kari pun dah best... kalau tak pun lempeng tepung cecah sos cili. Then kalau makan nasi tuh, dengan lauk telur mata kobau pun dah nikmat tak terhingga.

Teringat plak.. Pernah sekali tuh... masa dibulan puasa, kami bercadang nak berbuka puasa disurau. Rupanya, makanan tak cukup, makcik yang masak2 tuh plak lebihkan kawan-kawannya, siap simpan2 lagi. So saya yang agak lewat ambik makanan nih memang dah takde lauk. Nasi pun dah habis. Sedih jugak. Tetapi, tetiba datang satu dulang nasi dagang lengkap dengan lauk dan acarnya, sedekah dari peniaga berdekatan. Dah rezeki kan...

Saya pun pelik dengan diri sendiri.. yang dijamin oleh Allah, saya dok kejar2 kan. Which is rezeki dalam bentuk makanan, pakaian, tempat tinggal etc.
Tapi rezeki dalam bentuk ibadah selalu saya abaikankan. Tak berusaha sungguh2 dalam mengejar untuk beribadah kepadaNya. Sedangkan itulah yang lebih utama yang dituntut dari kita sebagai hamba.
OH aku yang bernama manusia... sedarlah diri... sebelum disedarkan dengan sebuah kematian

Monday, April 21, 2014

Bakal Mayat...

Assalamualaikum


Sesetengah bangsa/agama tak suka cakap pasal mati, pantang besar.
Anything relates to MATI... even sekecil2nya, contohnya even sampul surat pun tak boleh warna putih sebab itu warna kematian (contohlah)
Tapi kita as muslim, disuruh untuk mengingati mati kan.. bukanlah satu taboo untuk kita berbicara pasal mati.

Mati = adalah satu destinasi
Mati = adalah pasti
Mati = adalah mesti
Mati = adalah dinanti
Mati = sebenarnya satu motivasi diri

Bila bangun dari tidur, sedar diri masih belum mati >>> ucapkan alhamdulillah, syukur

Bila kita nak berpakaian > kalau tak tutup aurat dengan sempurna, camna kalau tetiba aku mati, camna nak menghadap Allah dengan pakaian yang lebih kurang jer

Bila kita dengar azan>>> uihh cepat solat, kalau tetiba aku mati kejap lagi, takan aku nak menghadap Allah dengan tak solat, dengan tanpa alasan kukuh

Bila ada orang menyakiti hati kita>>> kalaulah dengan sakit hati dan memaafkan membolehkan aku mati dalam keadaan Allah redha, why not maafkan

etc ect..
hidup mati, makan mati, tidur mati hahaha

oh lemaunyerr.. rasa mcm nak tutuo mata jer.. tidur terusss

Wassalam



Lemau

Assalamualaikum

kenapa yer hari ini lemau
rasa macam tak cukup rehat jer..
oh xxx session.. daku malas benor nak pergi.. tolong tolong...
Moga Allah bagi hidayah dan taufik buat suami ku..
Aminn

Thursday, April 17, 2014

shopping sakan.. sakan shopping

Assalamualaikum...

Terkesan dengan posting2 kawan2 diFB
Cerita pasal shopping jam baru, beg baru yang beratusan ribuan ringgit, rumah baru, kereta baru, henpon baru, tudung baru, pinggan mangkuk baru.... macam2 lerr

Saya sebenarnya agak pelik jugak, mana nak simpan semua tuh yer... kalau ada 4 5 biji henbeg, camna nak simpan? Mungkin sebab rumah saya kecik kut kan.. tokleh nak buat bilik khas untuk kasut dan henbeg tudung etc etc. Maka terpaksalah saya ni berpada-pada jer..

Kekadang setelah sekian lama tak shopping (kecuali barang dapur), hubby dok tanya, takmo g shopping ker? hihihihi.... time dia dapat bonus normally memang dia akan tanya. Maknanya tuh, kalau nak beli apa2 just charge je lerr pada card credit dia (supplement card kat saya). Last 3 years seingat saya ler.. hubby bagi fund beli anak2 baju RM500, tapi bila setiap tahun tanya, nak beli lg tak? saya rasa tak teruja pun nak membeli, yang ada masih elok, kalau tambah lagi nak letak mana plak. Nak buang rasa sayang plak..

Apa lagi yang saya beli yerr? Tupperware.. ha! kekadang berhantu beli tupperware ni, terutama yg cun2, koleksi terbaru. Aduhhh dah hampir penuh kabinet dapur tuh dengan tupperware, memanglah digunakan, kecuali ada certain set tuh saya gunakan time raya sahaja. Now dah rasa tepu dah dengan tupperware nih... start plak bagi kat mak, mak mertua, kak ipar, adik ipar huhuhu.. sebenarnya seronok membeli or seronok memiliki erks?

Peralatan elektrik pun sama, arituh beli egg steamer, dengan harapan senang buat telur separuh masak, tapi hampeh! jadi tukun jugak. Beli breadmaker, kekadang jer datang angin kush kush rajin buat roti.. yang betul guna cuma rice cooker je lerr. Itu pun bila hubby nak kurangkan makan nasi.. kurang jugak digunakan. Oh ya... satu lagi cukcake maker, bukan main excited nak beli, bila dah beli, sekali pun takde masak cupcake....

Banyak lagi sebenarnya... yang kekadang buat saya tertanya2 dalam diri ini...apa sebenarnya yang saya cari. Kenapa perlu saya membeli.. kenapa perlu saya ikutkan nafsu... bila agaknya saya akan rasa satisfied... ataupun sememangnya nafsu tidak akan pernah habis dan cukup...

Dulu duduk rumah sewa, tingkat atas naik tangga hari2, dok berangan nak ada rumah sendiri, teres dan lebih besar. OKlah.. Allah dah permudahkan, dapat merasa duduk rumah sendiri yang lebih besar dan lengkap, teres. Tapi masih berangan nak rumah lagi besar, ada personal room, ada bilik stor khas, ada built in wardrobe etc etc.. angan2 yang takan habis. But fikir2 balik sapa yang bakal mengemasnya, saya rasa better stay dengan apa yang ada, tu pun dah lelah nak mengemasnya..

Tu tak masuk lagi cerita orang jalan sana sini, travel jalan2 makan angin... mulalah daku berangan jugak nak kesana sini.. nak jalan2 jugak.. adoiiii

Oh rasanya saya tahu... saya ini sakit kut.. sakit wahan

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)


Macamana nih nak berubat penyakit wahan ni yer?
Banyakkan sedekah?
Banyak baca alQuran?
Banyak zikir?
- rasanya yang perlu "banyakkan" ni takan boleh dapat dilakukan kalau...
tak sedikitkan tengok FB
tak sedikitkan buat perkara2 lagha
tak suka bertangguh2
tak banyak tengok smart phone.. WA WC etc etc

Perlu bermujahadah, melawan nafsu sendiri......
Moga saya istiqomah

Wassalam

Wednesday, April 16, 2014

Jumbo si gajah

 Assalamualaikum..

Hari ini dengar cerita pasal anak gajah..
dari kecil di ikat disebatang tiang menggunakan besi ikatan yang kecil sahaja.
mula2 di ikat, anak gajah berusaha untuk melepaskan diri, tetapi tidak berjaya
tahun demi tahun, jadilah anak gajah seekor gajah yang gagah, tapi masih lagi menggunakan besi pengikat yang kecil... masih lagi merasakan dia takan mampu melepaskan diri dari ikatan tersebut. tanpa ada rasa hendak mencuba lagi dan lagi..

moral of the story... pengalaman kekadang menipu kita, membina keyakinan yang menjadi tembok kepada kita dengan dunia luar. Sebab itu orang kafir pada zaman Rasulullah menolak ajaran Islam, kerana mereka masih lagi percaya dengan ajaran nenek moyang mereka..

Jom kita runtuhkan tembok yang mengongkong diri kita, ubah persepsi kita.. wassalam

Petikan dari rancangan Islam itu Indah @ ikim.fm bersama ustaz Pahrol

Tuesday, April 15, 2014

Oh matamu oh mataku




Assalamualaikum kawan-kawan

Saya dok tengok2 ceramah yang ada dalam youtube

Tetiba terjumpa dengan ceramah pasal sihir Ain ini..

Oh ya Allah, banyaknya dosaku selama ini...
Saya selalu jer puji2 baby2 kecil yang comel, selalu jer puji kawan2 yang pakai cantik2... adakah kemungkinan daku pun kenakan ain kat orang? Oh! jahilnya aku

Betul kata ustaz kan... orang sini tak berapa tahu sangat pasal sihir ini, jarang ada ustaz yang bawa topik ini.

Jom kawan-kawan.... kita mulakan... ucapkan Barakallahufik kalau hendak memuji sesuatu, biarpun saudara mara hatta suami & anak2 kita.

Dan tak lupa, jom kita amalkan makthurat untuk melindungi diri kita dari sihir ain. Ayat surah albaqarah tuh kan ada dalam makthurat kan...



Wassalam

Thursday, April 10, 2014

Aku lupa......

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apalah nak jadi pada aku harini.. kecewa betul dengan diri sendiri.
 
Kecewa sebab apakah itewwww?
Kecewa sebab lupa nak puasa harini... arghhhhh geram betul dengan diri sendiri.
Alkisahnya Khamis lepas tak puasa sebab ada meeting di putrajaya, Isnin baru ni sebab uzur, dan hari ni dah plan baik punya nak puasa, tapi pagi2 bangun tidur tadi terbabas skit, terbangun dah lepas dari azan subuh, dah pukul 6 pagi, terus jer minum air.
Dah lepas mandi baru teringat yang sebenarnya aku nak puasa harini.. adehhhh moga adalah hikmahnya
 
Alhamdulillah.. sejak dari lepas Ramadhan tahun lepas, saya istiqomah berpuasa Isnin dan Khamis kecuali kalau ada jamuan makan di ofis or ketka uzur or kalau ada lain2 halangan seperti nak travel ker... tapi hari2 biasa, aku sedaya upaya puasa.
 
Terasa seronok berpuasa sebenarnya, badan rasa segar, masa lebih banyak diwaktu tengahari sebab tak keluar makan, so boleh mengaji or dengar ceramah di youtube
 
Moga aku terus istiqomah berpuasa Isnin dan Khamis yang akan datang.
Puasa kerana Allah, puasa kerana mengikut sunnah Rasulullah..
 
Teringat plak kita dah pun di Jamadilakhir, tak lama lagi dah masuk Rejab. Aku berazam untuk bersiap sedia lebih awal untuk menyambut Ramdhan. Harapnya aku boleh khatamkan alQuran dalam bulan Jamadilakhir ini, dan start fresh bila masuk Rejab.
Rejab and Syaaban, plan nak khatam sekali dan Ramdhan kali ini aku berazam untuk khatam dalam masa sebulan. Tahun lepas, plan punya plan.. dari tengah Syaaban aku start baca, khatam masa cuti raya hahahaha terbabazzzzz... tak taulah kenapa waktu uzurku lama sangat last year. Selalunya 6 har jer, tapi last year sampai 9 hari... rezeki rezeki.. harapnya rezeki tahun ini lebih baik. Rasanya kena plan baca at least 2 juzuk satu hari kut... adoiiii plan jer lah kan... dan moga Allah bagi yang terbaik buat ku..
 
Aminnn
 
Wassalam

Wednesday, April 9, 2014

Auratku auratmu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alkisahnya...
 
Aku ni tergolong dalam orang yang tahu tapi tak sedar
Tahu pentingnya menutup aurat, tapi tak sedar2 diri... tak begitu menjaga aurat.. kalau takat baju 3 quarter tuh rasa macam ok jer.. relex jer. Agaknya, bolehkah aku ni relex relex jer kat neraka nanti? Waduh waduh....
 
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Allah bagi aku kesedaran untuk menutup aurat dengan sempurna lately nih.
Bermula dengan hubby belikan baju t-shirt muslimah, emmm not bad jugaklah. Selama ini rasa macam tak cantik jer bila pakai t-shirt labuh2 nih. Atas montot baru nampak muda skit kuikui. Tak sedar diri betul orang tua nih kan!
 
Now tinggal beberapa helai sahaja t-shirt aku yang bukan t-shirt muslimah, aku gunakan untuk pergi jogging, sebab kat luar aku pakai wind-breaker, untuk dapatkan sauna effect masa jogging/walking.
 
Bila aku tengok orang lain yang pakai seadanya, aku teringat balik zaman2 aku dulu, aku tahu, aku perasan jer lebih2 arituh.
Dan seikhlasnya, aku mendoakan agar mereka sedar jua suatu hari nanti.
Apalah sangat nak nampak cantik dimata manusia, tapi tidak di pandangan Allah
Percayalah... yang menjadikan rules aurat ini adalah yang menciptakan kita, yang tahu apa yang terbaik untuk kita...
Dia lah yang menciptakan kita, dan Dia jualah yang menyayangi kita, sebab itu adanya pelbagai guideline untuk kita ikuti, demi keselesaan kita.
 
Bila aku start memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna(ops kecuali stokin) di rumah mertua, sampai sekarang kakak ipar aku dok tanya "nak keluar ke?" hihihi. Bagi diorg pakai tudung bila nak keluar jer. Sesama ipar duai tak kisah sgt.
Oh tidak.. aku tak mahu leka dan lalai lagi.
Maut boleh menjemputku dimana sahaja, macamana kalau tetiba aku mati dalam keadaan aku tidak menutup aurat... apakah alasan ku bila ditanya tentang amalanku nanti, sudikah Allah memandangku di akhirat nanti
Walaupun sebenarnya.. aku dah lama nak menutup aurat dengan sempurna dirumah mertua, tapi asyik terhalang sebab hubby takut salah faham dari keluarganya.
Dan aku telahpun membuat keputusan nekad, langsung aku tak tanya hubby hahhaha.. aku pakai jer. Kalau ditanya, mesti menyebabkan aku rasa serba salah dengan jawapannya. Ianya antara aku dan Allah, aku dah malu nak bertaubat memohon ampun atas kesalahan yang aku sengajakan, biarlah aku bertaubat dan aku istiqamah, moga Allah melihat usaha ku yang tersangatlah kecil ini.
 
Aku yakin, dakwah bukan sahaja dalam bentuk kata, tapi yang selebihnya dengan tingkah laku. Moga dengan perubahan aku ini, mereka lebih sedar tentang aurat, dan bersama memperbaikinya.... Amin

Memberi dan teruskan memberi


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
Bercerita lagi...
Cer kita renung-renung..
Ada satu bank yang akan bagi kita pinjaman 1 juta. Tugas kita yang dapat pinjaman tuh adalah membelanjakannya... belanjakan untuk diri kita sendiri dan untuk orang lain, dan setiap apa yang kita belanjakan itu (jika betul jalannya) kita digandakan lagi beratus ratus kali ganda interest.. bukan kena bayar interest, tapi dibayar interest. agak2 bank manakah yang sebegitu pemurah... agak2 bank manakah yang terus boleh memberikan kita pinjaman, tanpa perlu pembayaran balik..
 
Tidak lain ianya adalah bank dari Allah.... kerana Allah itu Maha Kaya.. sekaya kayanya. Tiada yang lebih kaya dari Nya
Terima kasih ya Allah diatas segala kurniaanMu
Sesungguhnya rezeki yang melimpah ruah benar menjadi dugaan yang hebat padaku, dan aku takut.. sangat2lah takut kalau2 aku jadi hambaMu yang tak tahu berterima kasih. Kasihanilah aku ya Rabb, aku ini insan yang lemah, oleh itu jadikanlah hatiku ini dekat denganMu, jadikanlah aku hambaMu yang tak pernah lupa bersyukur. Ampunilah aku atas kekurangan diri ini.. Amin

Monday, April 7, 2014

Ikhlaskah kita

Assalamualaikum warahmatullah
 
 
Pernah tak kita membantu seseorang?
Pernah tak kita rasa kecewa bila kita susah, orang tersebut buat tak tau jer, tak membantu pun kita..
 
Marah tak? Kecewa tak?
 
Anda sebenarnya sangat sangat ikhlas kalau anda tak rasa marah dan kecewa.. tahniah
 
Tapi kalau kita masih lagi rasa marah dan kecewa, patut patutlah kita check balik taraf manakah agaknya keikhlasan kita. Mengharapkan bantuan orang lain selain Allah dah seperti menduakan Allah jer kan.. betul tak?
 
Oleh itu, saya mencuba sebaiknya, membantu tanpa mengharap balasan dan tanpa mengharap ucapan terima kasih. Cukuplah dengan balasan dan bantuan dari Allah
 
 
JOM IKHLAS
 
 
 
Hijrah!!!!

Thursday, March 27, 2014

Solat Sunat Dhuha : buat dapat pahala, tak buat tak apa ke?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Pernah tak kita dengar cerita pasal amalan2 sunat? mesti banyak kali dengarkan..
Tapi ada tak kesedaran dari kita untuk mengamalkannya?
Rasanya saya dengar pasal solat sunat nih sejak dari sekolah menengah lagi.. detail belajar, tapi mungkin setakat dengar, tapi tiada taufik dari Allah untuk dengar dengan hati. Maka saya merasakan, its not the time yet
 
Berapa kali jugak kita tengok orang lain mendirikan solat sunat? tapi kita sekadar pandang sahaja, mungkin dalam hati setakat berkata wahhh rajinnyer dia, or the worst.. alaaaa rajin benor solat, nak tunjuk rajin ler tuh
 
Inilah saya yang dulu, selalu skeptikal untuk menunaikan solat sunat, or apa sahaja yang sunat, even puasa sunat. Rasanya kalau tak buat pun tak per, tapi tak sedar, sebenarnya kalau tak buat ANDA RUGI!
 
Memang RUGIII sangat, masa berlalu macam tuh jer... apalah susah sangat kalau setakat nak ditambah dengan solat dhuha? tapi sibuk nak isi perut jer bila rehat pukul 10. Tak ubah macam burung sahaja... asyik fikir pasal makan, keluar pagi2 cari makan, kalau burung pun takat siang jer, ini malam dan siang dok fikir pasal makan jerr kuikui- aku malu-

Alhamdulillah... rasanya sejak dari sebelum puasa tahun lepas saya dah start konsisten solat dhuha... rasa tenang sangat, Alhamdulillah atas kurniaanNya merezekikan kesempatan dan meringankan tulang belulang ku ini untuk melakukan solat dhuha
Rezeki yang sangat berharga

Kalau ada orang yang solat dhuha kerana berkehendakkan rezeki dalam bentuk kewangan, maka anda salah. Rezeki yang sebenarnya adalah kesempatan untuk menunaikan solat dhuha tuh...betapalah ramai yang ada kesempatan, sihat tubuh badan tapi tak nampak pun jalan untuk melakukannya, walaupun terkadang tahu betapa besarnya pahala melakukannya.

Tau tak bila first time saya melakukan solat dhuha? Di masjid kiblatain di madinah. Sebab kami sampai time dhuha, ustaz suruh kami solat 2 rakaat dan solat dhuha. MAsa tuh ragu2 macamana nak solat solat dhuha huhuhu.. bedal ajer mcm solat sunat biasa tuh huhu. Doa pun tak hafaz. Doa yg biasa2 jer lah kan.
Then... selalu jer dengan doa dhuha yang dilagukan kat ikim.fm.. entah macamana, sorang offficemate tegur kata tuh doa solat dhuha kan? saya plak ternganga hihihi.. dari situ saya terus berazam untuk solat dhuha. Alhamdulillah Allah permudahkan. Rezeki yang amat berharga dikala usia yang makin tinggi ini.

Moga Allah terus rezekikan saya dengan solat dhuha sampailah keakhir hayat ku. sekarang hanya mampu 4 rakaat sahaja, kena kejar masa sebab kalau boleh saya takmau ambik masa yang terlalu lama. Terkadang ada meeting, so ada kerja yang perlu settle sebelum meeting, so ambik skit jer lah masa kerja untuk dhuha. Moga suatu hari dapat masa yang panjang dan boleh menunaikan dhuha 8 rakaat.

Dan satu masalah yang masih menghantui saya... masa cuti, sibuk di rumah, lupa nak solat dhuha... teruk betulkan!!!!! memang teruk. Housework memang menimbun kalau cuti, macam2 nak buat, at last skit dhuha..... ok saya akan terus perbaiki.. ingatkan diri yang anda mesti menunaikan solat dhuha everyday...

 
 
 
 
 

Solat sunat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

In the name of Allah, the beneficient, the merciful.

 
Anak : Umi buat apa tuh? tak habis2 lagi umi solat
 
Umi : Umi solat sunat
 
Anak : Alaa banyaklah pahala umi camni..
 
Umi : Oh anakku.. umur umi ini dah panjang, maka makin pendek baki yang tinggal, sementara umi tak tau macamana pandangan Allah pada umi, adakah umi ini termasuk digolongan hambanya? Umi takut andai tiba masanya, sikit benar bekalan umi bawa dan berat benar timbangan amal buruk... umi takut umi terlewat mengejar keampuanan dari Allah. Umi takut umi hanya ada rasa syukur dihati dengan kurniaan Allah pada umi selama ini, tapi gagal menzahirkan kesyukuran itu..



Tuesday, March 25, 2014

Sedekah menghiburkan hati...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


In the name of Allah, the beneficient, the merciful.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam
Atas segala nikmat dan kurniaannya
Atas kesempatan dariNya untuk terus bernafas

Hari ini aku nak kongsikan pasal sedekah. Alhamdulillah, sejak mula bekerja, aku sentiasa menunaikan zakat dan juga tak lupa sedekah untuk mak dan abahku
Walaupun di ketika itu gaji aku hanyalah RM1k, lepas tolak sana sini, dapatlah dalam 800 ringgit sebulan. Nasib baik rumah disediakan oleh majikan, tinggal nak bayar elektrik dan air secara berkongsi dengan rakan2 sekerja.
Seingat aku, waktu tuh hanya mampu beri RM50 sahaja pada abah
Masih ku ingat, masa raya terakhir bersama abah, aku sedekahkan duit raya untuk abah RM50 dan untuk mak RM50. Dan pada masa abah meninggal dunia (10 zulkaedah), duit RM50 sekeping tuh masih lagi dalam poket baju melayu abah isk isk isk...

Aku selalu memikirkan betapa cantiknya sedekah, kau seolah-olah diberikan loan oleh bank, dan dari loan tersebut kau boleh bagi sesiapa sahaja tanpa perlu dibayar balik, dan dari situ kau dapat keuntungan berganda, RM1 pelaburanmu, dapat balik sekurang-kurangnya RM700
Jadi bank manakah agaknya yang mampu memberikan kadar pinjaman yang sebegitu? Tidak wujud bank tersebut didunia ini melainkan bank Allah. Kerana Dia Maha Kaya dan tidak berhajat kepada kekayaan makhluknya.

Dari gaji hanya RM1k tuh.. Allah telah tambah rezeki berbentuk kewangan kami. Seingat aku, hubby cuma bergaji RM1,900.00 masa tuh
Hidup makin senang dari hari ke hari... kenaikan gaji dan pangkat, seiring dengan kenaikan gaji. Kalau dulu banyak perbelanjaan yang dikongsi bersama, tapi sekarang boleh dikatakan 90% ditanggung oleh suami. Aku hanya tolong bayarkan bil elektrik, taska anak dan yuran bas sekolah. Selainnya, termasuklah keretaku, minyak kereta ke ofis, servis kereta, duit shopping barang2 dapur, rumah etc adalah ditanggung penuh oleh suami. Dengan gajinya sekarang, rasanya masih banyak lagi lebihan yang dia boleh simpan.
Aku makin banyak ada lebihan dari gaji ku, syukur kerana aku bukanlah seorang yang mengejar barang2 berjenama, dan aku bukanlah kaki shopping. Sebabnya satu, aku tak suka menyimpan barang.. jadi aku hanya akan ada 1 or 2 beg pada satu2 masa, begitu juga dengan kasut. Dan hanya akan beli baru dikala yang lama dah rosak. That is me, mungkin kesusahan masa lalu mendewasakan aku jadi sedemikian.
Gaji lebihan ni dahulunya aku simpan.. simpan dan simpan. Simpanan yang asalnya cuma 4 angka, dah jadi 6 angka. Aku sememangnya seorang yang sangat disiplin dengan duit... sebab itu kami tidak pernah mengalami krisis kewangan, tapi aku rasa tiada siapa tahu, sebab kami serba sederhana. KEreta biasa2 jer, rumah pun biasa2 jer.

Sampai satu ketika, aku rasakan duit2 yang disimpan itu makin hari makin susut dengan inflasi, apalah gunanya, kalau nialian RM100k dahulu dan 10 tahun akan datang, entah2 dah macam 10k sahaja.

Bila banyak dengar cerita pasal sedekah, wakaf, infaq etc... aku mula sedar.
Sebenarnya yang aku simpan selama ini hanya akan jadi harta yang akan diwarisi jika aku mati, tapi tiada sedikit pun saham yang akan ku bawa ke dalam kubur.

Maka aku pun mula berubah, yang sepatutnya disimpan didalam bank, aku simpan dalan akuan simpanan akhirat... Aku start taja anak yatim, aku start cari peluang untuk sertai saham wakaf, sedekah untuk fisabilillah seperti dana untuk mengajar muslim membaca alquran, dana untuk mengajar anak2 yang ketinggalan dalam pembelajaran. start cari akaun2 bank pusat2 tahfiz, rumah anak yatim, dapat gaji jer aku siap2 transfer online.
Juga cari saudara mara yang yatim untuk disponsor. Setakat ini aku berjaya menaja 2 orang anak yatim palestin, seorang anak yatim di kenya, 3 orang anak yatim dari keluargaku sendiri. Dan berharap sangat agar aku berkemampuan untuk terus menambah bilangan anak yatim yang ditaja. Aku sentiasa doakan semoga anak2 ini dapat meneruskan kalimah Allah dimuka bumi ini. Dan moga anak2 yatim palestin yang ditaja tersebut dapat melahirkan muslim yang akan membebaskan Palestin seuatu hari nanti. Walaupun pada masa tersebut mungkin yang tinggal hanyalah tulang belulangku di dalam kubur.
Aghhh sadis dan tinggi benar cita-cita ku kan.
Tidaklah kuceritakan disini untuk bermegah2, tetapi setakat ingin berkongsi... moga bermanfaat pada orang lain. Minta maaf kerana merahsiakan siap diri ini, jangalah lihat pada siapa yang menulis ini, kerana aku insan yang sangat lemah, tapi ambillah apa yang baik dari penulisan ini.

Setiap kali gaji masuk, priority aku adalah membayar hutang-fully settled- (kebanyakan perbelanjaan ku menggunakan kredit kad sebagai medium of payment... takaful, bil elektrik, bil telefon etc), dan bersedekah... termasuk jugak untuk ibuku.

Tapi... miricle kan... aku tak pernah sedikit pun rasa terbeban dengan semua ini. kekadang setelah semuanya settle, masih banyak lagi baki dalam akaun. Percaya tak balance akaun gaji aku tak pernah tinggal 3 angka. Paling minimum akan ada 1k. Ada sahaja cara Allah murahkan rezeki ku.... terkadang nampak macam dah kena berjimat sebab duit yang makin skit di waktu paginya, tetiba Allah datangkan rezeki yang tak disangka diwaktu petangnya. Itu dari segi kewangan sendiri, tak termasuk rezeki yang kewangan suami jugak. Dan tak termasuk rezeki anak, kekadang sedikit masalah timbul nak kesekolah or balik sekolah, tetapi Allah permudahkan dengan ada pertolongan yang tak disangka2.

Maka aku... AMAT AMATLAH percaya bahawa janji ALLAH itu benar.
Janganlah sekali-kali anda rasa anda tak mampu bersedekah, tapi mintalah pertolongan Allah dalam melakukan sedekah. Kalau anda cuma ada RM50 katakan, dan sedekahkan RM10, mintalah pertolongan Allah agar lapang RM40 lebihan dari sedekah tersebut, moga cukup untuk perbelanjaan kita. NAmun begitu janganlah sampai tiada apa yang tinggal untuk diri sendiri kan... kerana Allah bagi kita akal dan fikiran untuk berfikir dan berusaha.

Sekian dulu perkongsian kali ini. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari diri aku sendiri yang lemah dan serba kekurangan

Thursday, March 20, 2014

Aku yang dulu2


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


In the name of Allah, the beneficient, the merciful.

Sambung cerita lagi..

Mengimbau kembali saat2 aku rasa berputus asa dan rasa sedih sangat..
Mungkin takde siapa yang perasan pun, sebab aku ok jer kalau ada orang lain bersama. Tapi kalau aku sorang2, mulalah rasa sedih dan banyak bercakap dengan diri sendiri.
Bila tuh?
Masa drive pergi kerja huhuu.. dalam traffic jam aku nangis sorang2.
Mula2 tuh aku dok dengar hot.fm untuk mewujudkan rasa ceria, gelak2 bila farah & fbi buat lawak. Tapi semua tuh memang tak dapat mengubat hati ini, masih rasa sedih dan menyalahkan diri sendiri.

Entah macamana aku terfikir yang aku patut buat sesuatu, ambik kesempatan dari masa yang ada dalam kereta. Aku pun startlah baca surah2 pendek seperti alWaqiah, alMulk, adDhukhan dan arRahman. Mula2 nak baca memang agak susah jugak, tapi lama2 seronok sangat, rasa tenang sangat hati. Sampaikan boleh ukur kesesakan jem ni melalui surah yg dibaca hahaha. Kalau dapat baca 4 surah tuh, kiranya memang jem teruk sangat dah tuh haha. Time cuti sekolah kekadang nak habiskan alMulk pun tak sempat huhu. Tapi bila sampai ofis awal, bolehlah baca kat ofis plak.

Then aku start baca makthurat. mula-mula merangkak2, at last aku hafaz makthurat sugrah. Yang kecik je lerr... yang panjang tuh belum lagi hihii. So pergi kerja dan balik kerja aku dok membaca makthurat. seronok tau.

Dan entah macamana, satu hari tuh terdengar radio ikim.fm... rasanya hubby tukar siaran masa dia bawa kereta aku. Ya Allah.... syukur sangat. Dari hari itu aku dah tak tukar chanel dah... stick to ikim.fm
Banyak pahala orang ikim nih kan... banyak sangat yang aku belajar. Memang tak mo ketinggalan Motivasi Pagi. Banyak sangat input rohani yang aku dapat dari motivasi pagi nih.

Then aku terfikir plak... try tengok kat website, kut boleh dengar online dan harapnya IT tak blok lerrr... Alhamdulillah... aku continue dengar ikim di ofis, dapat dengar Islam Itu Indah Prof Muhaya (now ustaz Pahrol kan), dapat dengar Pesona Dzahra ustaz Amin, Tahsinul Ibadah ustaz Fazli. Sebelah petang plak, aku suka dengar Ibrah on monday... kekadang meleleh airmata dengar cerita2 ibrah dari alQuran. Kalau time2 ada meeting tuh rasa rugi sangat terlepas, tapi nasib baik boleh download kat website.

Baru saya tahu.. baru aku sedar, yang sebenarnya aku perasan jer berilmu, perasan tergolong dalam orang yang beriman, tapi sebenarnya ilmu aku hanyalah setakat tingkatan 5 (umur dah dekat 40 tahun, tapi ilmu takat tingkatan5.. :maluuuu:), imanku plak.... macam lalang, macam buih dilaut, kejap ditepian, kejap dilautan....ohhhh banyaknyer dosa ku. Ampunilah aku.

Andai ada sesiapa yang membaca coretanku ini... andai anda rasa anda nak berubah, tapi keterbatasan waktu untuk pergi berguru, mendengar ceramah di masjid dan surau etc, trylah ubah siaran radio anda.... banyak sangat manfaatnya. Nanti saya sambung lagi ok.
Wassalam

Siapa aku dahulunya?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

In the name of Allah, the beneficient, the merciful.

Pagi yang damai
Ya Allah.. terima kasih kerana aku masih bernyawa hari ini
Ya Allah.. moga hari ini lebih baik dari semalam buatku

Mengenang kembali aku yang dulu

Mempunyai cita-cita untuk berjaya dalam hidup, dari seorang anak kampung yang ingin merubah kemiskinan keluarga, membawa harapan abah dan mak.
Masih ingat lagi, bersungguh2 betul aku bila nak menghadapi SPM, aku buat solat hajat hampir setiap malam, aku benar2 mengharapkan bantuan dari Allah
Dan alhamdulillah, keputusan SPM aku agak baik, walaupun aku demam teruk masa exam. Dan berjaya melanjutkan pelajaran..
Tapi rasanya pergantungan aku dengan Allah selepas kejayaan2 tersebut semakin berkurang.. aku lalai dengan dunia, aku leka.
Masa berlalu begitu sahaja. Betapalah sedikitnya amal aku, baca alQuran pun jarang2. Pergi usrah pun dalam keadaan terpaksa. 
Rasanya aku merasakan diri ini serba tahu kut... mungkin subjek2 agama yang aku belajar masa di universiti tak setara dengan apa yang belajar masa di sekolah menengah, bila dah belajar sesuatu yang dah advance, maka mulalah meremehkan yang basic.. aduhai manusia bernama aku

Bila dah grad, dah kawin, dah ada anak... masih jua aku ini lalai. Kejayaan dalam karier, gaji yang makin bertambah, kereta yang makin besar, rumah yang makin selelsa, semuanya menyebabkan aku seolah makin jauh dari Allah. Aku merasakan seperti semua ini dari usaha ku selama ini. 
Satu yang kosong dalam diri ini adalah ARAH HIDUP

Yerrr... kalau di pejabat, dari executive, kita akan aim nak naik Manager, bila dah manager aim nak naik senior manager plak kan. Tapi satu yang hilang dari dalam diri adalah apa aku nak buat esok, apa lagi yang nak aku achieve dalam hidup ini. 
Dah ada keluarga yang bahagia, ada kereta, ada rumah, bahkan seolah ada segalanya, walaupun bukan mewah. Mungkin saya ni lebih kepada comfort zone kut. Datang dari background family yang agak susah, so bila ada segalanya, rasa seperti kosong plak

Sehinggalah aku diuji oleh Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang. 
Ada satu kekurang yang di kurniakan oleh Tuhanku. Dan satu ketika, Dia beri aku apa yang aku inginkan, tapi separuh jalan, Dia ambil semula.
Berbulan rasanya aku rasa sedih dan tak keruan, airmata selalu mengalir kerana menyalahkan diri sendiri

Tapi sebeanarnya Allah nak berikan yang lebih baik... sedikit demi sedikit aku sedar yang sebenarnya terlalu banyak, uncounted, tak terbilang dengan jari jemari banyaknya rahmat yang Allah berikan disebalik ujian ini

Dengan kehilangan itu, Allah gantikan dengan undangan ke Baitullah yang mulia. Dengan kehilangan itu Allah gantikan dengan peluang untuk menjejakkan kaki ke Madinatul Munawwarah... Allah.. apalah sangat kehilangan itu jika apa yang digantikan jauh lebih baik
Dengan kehilangan itu Allah gantikan dengan aku menjumpai satu titik ARAH HIDUP ku yang selama ini hilang.
Allahurabbi... aku ampunilah aku
aku ingin kembali ke jalan Mu
Selama ini aku bercita2 untuk lulus cemerlang SPM.. tapi once aku dapat apa yang dihajati, itu bukan lagi satu arah hidup
bila aku berciti2 memilik rumah sendiri, bila dah dapat then bukan lagi satu arah hidup

ARAH HIDUP yang sebenarnya adalah MATI
kerana itulah sebenarnya tujuan hidup kita di dunia ini.
Tapi aku tak mau mati dengan keadaan membawa dosa
Aku ingin mati sebagai seorang yang di redhai Penciptanya
Setiap kali aku keluh kesah, aku akan ingat kembali arah hidupku
Satu cita-cita yang boleh dicapai tapi bukanlah mudah... kena didik diri dengan keikhlasan, kena didik diri kembali kejalan yang lurus. Dan bukan sahaja diri sendiri, tapi tanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan ummah

AlFajr:27-30

Ok sekian dulu... to be contd
Wassalam

Wednesday, March 19, 2014

Doa Naik Kenderaan

Jom kita amalkan...
#saya dengar dari ikim.fm recently tapi tak ingat siapakah ustaznya. Ini bila ustaz komen pasal MH370

Surah Hud ayat 41

وَقَالَ ارْكَبُواْ فِيهَا بِسْمِ اللّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Salam Perkenalan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Salam Perkenalan
Terima kasih di atas kunjungan ke blog ini
Tujuan perkongsian di blog ini adalah sebagai nota peribadi saya dalam usaha untuk memperbaiki diri ini.

saya, aku, ana..
hanyalah sekadar kata ganti nama
saya akan mati..
aku akan mati..
ana akan mati..

saya bakal menjadi mayat
aku bakal jadi mayat
ana bakal jadi mayat

Saya..
cantik atau pun tidak..
berjaya atau pun gagal..
kaya ataupun miskin..
tidak penting, yang penting adalah pengakhiran hidup saya
Mampukah aku dapatkan jaminan bahawa aku bakal mengakhiri nafas terakhirku dengan lafaz...