Thursday, March 20, 2014

Aku yang dulu2


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


In the name of Allah, the beneficient, the merciful.

Sambung cerita lagi..

Mengimbau kembali saat2 aku rasa berputus asa dan rasa sedih sangat..
Mungkin takde siapa yang perasan pun, sebab aku ok jer kalau ada orang lain bersama. Tapi kalau aku sorang2, mulalah rasa sedih dan banyak bercakap dengan diri sendiri.
Bila tuh?
Masa drive pergi kerja huhuu.. dalam traffic jam aku nangis sorang2.
Mula2 tuh aku dok dengar hot.fm untuk mewujudkan rasa ceria, gelak2 bila farah & fbi buat lawak. Tapi semua tuh memang tak dapat mengubat hati ini, masih rasa sedih dan menyalahkan diri sendiri.

Entah macamana aku terfikir yang aku patut buat sesuatu, ambik kesempatan dari masa yang ada dalam kereta. Aku pun startlah baca surah2 pendek seperti alWaqiah, alMulk, adDhukhan dan arRahman. Mula2 nak baca memang agak susah jugak, tapi lama2 seronok sangat, rasa tenang sangat hati. Sampaikan boleh ukur kesesakan jem ni melalui surah yg dibaca hahaha. Kalau dapat baca 4 surah tuh, kiranya memang jem teruk sangat dah tuh haha. Time cuti sekolah kekadang nak habiskan alMulk pun tak sempat huhu. Tapi bila sampai ofis awal, bolehlah baca kat ofis plak.

Then aku start baca makthurat. mula-mula merangkak2, at last aku hafaz makthurat sugrah. Yang kecik je lerr... yang panjang tuh belum lagi hihii. So pergi kerja dan balik kerja aku dok membaca makthurat. seronok tau.

Dan entah macamana, satu hari tuh terdengar radio ikim.fm... rasanya hubby tukar siaran masa dia bawa kereta aku. Ya Allah.... syukur sangat. Dari hari itu aku dah tak tukar chanel dah... stick to ikim.fm
Banyak pahala orang ikim nih kan... banyak sangat yang aku belajar. Memang tak mo ketinggalan Motivasi Pagi. Banyak sangat input rohani yang aku dapat dari motivasi pagi nih.

Then aku terfikir plak... try tengok kat website, kut boleh dengar online dan harapnya IT tak blok lerrr... Alhamdulillah... aku continue dengar ikim di ofis, dapat dengar Islam Itu Indah Prof Muhaya (now ustaz Pahrol kan), dapat dengar Pesona Dzahra ustaz Amin, Tahsinul Ibadah ustaz Fazli. Sebelah petang plak, aku suka dengar Ibrah on monday... kekadang meleleh airmata dengar cerita2 ibrah dari alQuran. Kalau time2 ada meeting tuh rasa rugi sangat terlepas, tapi nasib baik boleh download kat website.

Baru saya tahu.. baru aku sedar, yang sebenarnya aku perasan jer berilmu, perasan tergolong dalam orang yang beriman, tapi sebenarnya ilmu aku hanyalah setakat tingkatan 5 (umur dah dekat 40 tahun, tapi ilmu takat tingkatan5.. :maluuuu:), imanku plak.... macam lalang, macam buih dilaut, kejap ditepian, kejap dilautan....ohhhh banyaknyer dosa ku. Ampunilah aku.

Andai ada sesiapa yang membaca coretanku ini... andai anda rasa anda nak berubah, tapi keterbatasan waktu untuk pergi berguru, mendengar ceramah di masjid dan surau etc, trylah ubah siaran radio anda.... banyak sangat manfaatnya. Nanti saya sambung lagi ok.
Wassalam

1 comment:

  1. Alhamdulillah... kakak pun dari dulu hingga kini. Dalam rumah, dalam kereta dan pejabat (bilik kakak ada radio sendiri) tak pernah tukar channel lain. Dari pagi mula masuk kereta dah mula dengar celoteh DJ. Dulu Siti dan Pian. Mula tahun ini dah tukar Pian dgn (alahai lupa pulak). Teka-minda pagi, motivasi pagi kakak tak pernah tinggal. Program petang setiap pukil 5:15 pun kakak suka ikuti. Sebab itu bila allahyarham DJ Ustaz Razak meninggal accident tahun lepas kakak boleh menangis sebab macam kenal sangat walhal hanya melalui radio saja.

    Kakak pun memandu suka juga berhibur. Zikir munajat dan makthurat yg paling senang. Tahu-tahu dah sampai destinasi kan..

    ReplyDelete