Thursday, March 27, 2014

Solat Sunat Dhuha : buat dapat pahala, tak buat tak apa ke?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Pernah tak kita dengar cerita pasal amalan2 sunat? mesti banyak kali dengarkan..
Tapi ada tak kesedaran dari kita untuk mengamalkannya?
Rasanya saya dengar pasal solat sunat nih sejak dari sekolah menengah lagi.. detail belajar, tapi mungkin setakat dengar, tapi tiada taufik dari Allah untuk dengar dengan hati. Maka saya merasakan, its not the time yet
 
Berapa kali jugak kita tengok orang lain mendirikan solat sunat? tapi kita sekadar pandang sahaja, mungkin dalam hati setakat berkata wahhh rajinnyer dia, or the worst.. alaaaa rajin benor solat, nak tunjuk rajin ler tuh
 
Inilah saya yang dulu, selalu skeptikal untuk menunaikan solat sunat, or apa sahaja yang sunat, even puasa sunat. Rasanya kalau tak buat pun tak per, tapi tak sedar, sebenarnya kalau tak buat ANDA RUGI!
 
Memang RUGIII sangat, masa berlalu macam tuh jer... apalah susah sangat kalau setakat nak ditambah dengan solat dhuha? tapi sibuk nak isi perut jer bila rehat pukul 10. Tak ubah macam burung sahaja... asyik fikir pasal makan, keluar pagi2 cari makan, kalau burung pun takat siang jer, ini malam dan siang dok fikir pasal makan jerr kuikui- aku malu-

Alhamdulillah... rasanya sejak dari sebelum puasa tahun lepas saya dah start konsisten solat dhuha... rasa tenang sangat, Alhamdulillah atas kurniaanNya merezekikan kesempatan dan meringankan tulang belulang ku ini untuk melakukan solat dhuha
Rezeki yang sangat berharga

Kalau ada orang yang solat dhuha kerana berkehendakkan rezeki dalam bentuk kewangan, maka anda salah. Rezeki yang sebenarnya adalah kesempatan untuk menunaikan solat dhuha tuh...betapalah ramai yang ada kesempatan, sihat tubuh badan tapi tak nampak pun jalan untuk melakukannya, walaupun terkadang tahu betapa besarnya pahala melakukannya.

Tau tak bila first time saya melakukan solat dhuha? Di masjid kiblatain di madinah. Sebab kami sampai time dhuha, ustaz suruh kami solat 2 rakaat dan solat dhuha. MAsa tuh ragu2 macamana nak solat solat dhuha huhuhu.. bedal ajer mcm solat sunat biasa tuh huhu. Doa pun tak hafaz. Doa yg biasa2 jer lah kan.
Then... selalu jer dengan doa dhuha yang dilagukan kat ikim.fm.. entah macamana, sorang offficemate tegur kata tuh doa solat dhuha kan? saya plak ternganga hihihi.. dari situ saya terus berazam untuk solat dhuha. Alhamdulillah Allah permudahkan. Rezeki yang amat berharga dikala usia yang makin tinggi ini.

Moga Allah terus rezekikan saya dengan solat dhuha sampailah keakhir hayat ku. sekarang hanya mampu 4 rakaat sahaja, kena kejar masa sebab kalau boleh saya takmau ambik masa yang terlalu lama. Terkadang ada meeting, so ada kerja yang perlu settle sebelum meeting, so ambik skit jer lah masa kerja untuk dhuha. Moga suatu hari dapat masa yang panjang dan boleh menunaikan dhuha 8 rakaat.

Dan satu masalah yang masih menghantui saya... masa cuti, sibuk di rumah, lupa nak solat dhuha... teruk betulkan!!!!! memang teruk. Housework memang menimbun kalau cuti, macam2 nak buat, at last skit dhuha..... ok saya akan terus perbaiki.. ingatkan diri yang anda mesti menunaikan solat dhuha everyday...

 
 
 
 
 

14 comments:

  1. Betul tak buat rugi apa lagi satu perkara yg begitu mudah dan tidak mengambil masa lama berbanding makan atau menonton tv. Ganjaran pula dimurahkan rezeki tak mahukah? DIberi sihat tubuh badan tak mahukah?

    Tepuk dada tanya iman dalam diri..

    ReplyDelete
  2. Sangat suka...tapi klu time kerja xbleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai yer ker... memang jauh dengan surau erks. kalau tak dapat... why not try baca doa dhuha tuh pada ketika dhuha.. moga Allah bg kelapangan suatu hari nanti untuk solat dhuha

      Delete
  3. salam kenal ^_^
    Saya masih belum berkesempatan untuk menunaikannya..insya Allah hati sudah teringin melakukannya apatah lagi ada dua tiga org rakan sekerja yang sudah mula. InsyaAllah...doakan saya ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah.. mulakan dengan 2 rakaat sahaja dan mohon dengan Allah moga dipermudahkan untuk dhuha, insyaAllah

      Delete
  4. sy juga mcm tu dulu, alhamdulillah semakin memperbaiki diri mendekatkan diri lebih dekat dengan Allah swt..

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas peringatan ini.. aiza sedang berusaha memperbaiki diri.. memang rugi kalau tak buat..

    ReplyDelete
  6. As salam. Mekasih atas perkongsian. Saya mula hafal doa dhuha pon bila hari2 dgr kat ikim.fm ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita fiza.... kalau sesaja nak hafaz rasa mcm susah jer.. tapi hari2 dengar, mcm senang plak kan

      Delete
  7. alhadulillah.. seronoknye da dapat rase nikmat solat dhuha.. fifi nak kene mule hafal doa solat dhuha ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom selalu dengan ikim.fm..... lepas berita pukul 8 tuh mesti ada doa dhuha... hari2 dengar mesti cepat jer hafaz :-)

      Delete