Tuesday, April 29, 2014

Rezeki rezeki rezeki

Assalamualaikum..

Ingin mencoretkan sesuatu, tetapi takde idea.
Mana pergi entah idea nih

Dah tengahari ni mulalah nak buka bekal kan.. perut dah lapar hihihi..

Few months back orang dok bercerita pasal kenaikan barang, banyak ketidakpuasan hati diluahkan di media sosial.. topik hangat. Tapi lately nih dah hilang plak cerita tuh, sedikit2 hilang lenyap dari dinding muka buku.

Tadi saya membelek2 buku syarah alhikam Jilid 1, karangan Ustaz Zulkifli alBakry

Tetiba terbaca plak pasal Bahlul si Gila ini... ini muka surat last before glosari




 
Ayat2 last tuh memang bertepatan sangat dengan keadaan kita sekarangkan.
Kut kita merungut menangis merintih pun pasal kenaikan harga barang, ianya tetap naik jugak, ye laaaa mungkin ada yang menyalahkan kerajaan, tapi apa yang within ourself yang boleh kita ubah? Or apa yang tak kena dengan kita yang boleh kita ubah?
Berubah untuk lebih taat kepada Allah, berubah untuk lebih ibadah kepada Allah..
lain2 hal.. leave it to Allah to decide, kerana rezeki kita telah dijamin olehnya. Dan jangan lupa usaha kita, kerana rezeki yang Allah berikan perlu disertakan dengan usaha, itu sunnatullah
 
Baru2 ini.. Seorang sahabat bertanyakan saya... tak rasa rugi kah menjual rumah dibawah harga pasaran? (recently kami jual rumah yang mana kurang dalam 40k jugaklah dari harga pasaran)... mula2 di tanya begitu saya sentap jugak.. tapi bila fikir lebih mendalam, apa yang Allah tetapkan itu rezeki aku, tetaplah jugak rezeki ku. Apa2 yang bukan rezeki kami, kut dah dalam gengaman pun pasti akan hilang juga. Kalau bukan rezeki kami, bermakna rezeki pembeli kami kan.. so berlapang dada. 
Selama ini pun siapa yang merezekikan kami untuk membeli rumah tersebut, dan merezekikan kami untuk hold rumah itu sampai kehari ini(banyak kali dah hubby nak jual), dan merezekikan kami untuk mendapat untuk berlipat kali ganda dari pembelian itu (harga beli kami 8 tahun lepas cuma 179k, but market price now dlm RM480k, tapi kami jual RM430k).. sesuatu yang tak terjangkau fikiran tetapi kalau Allah beri... tiada yang mustahil
 
Harga naik or harga turun.. jual mahal or jual murah... semuanya tidak penting..
yang penting adalah bagaimana ibadah kita kepadaNya
 
Oh aku.. Manusia yang selalu lupa dan lalai... ingatlah Allah dari setiap nafas mu. Moga di nafasmu yang terakhir, Allah akan bersama mu
 
Wassalam
 
 

7 comments:

  1. Saya setuju dengan kata-kata yang manusia sekarang sudah tidak kisah salah betul, dosa pahala semua. Setuju dengan itu.

    Pasal kenaikan harga barang bagi saya tak payah la nak bising-bising. Bukannya dengan bising itu boleh turun pun harga barang tu kan? Apa yang perlu kita buat adalah ubah diri kita. Redha dan ikhlas dengan setiap apa yang berlaku. Kita kena ingat apa yang berlaku di dunia ini sekarang adalah hasil dari gerakan tangan-tangan manusia juga kan? Jadi buat apa nak salah antara satu sama lain.

    Pasal gaji pula tak semua orang bergaji besar. Kalau besar pun gaji kita, tanggungan kita pun akan besar jugak kan? Besar periuk nasi, makin tebal la kerak nya. Ikhlas kan diri dalam bekerja. Amanah dan jangan mencuri. Rezeki yang halal dan berkat, kita akan rasa nikmatnya. Kita akan rasa cukup aje semua nya.

    Kalau kita srudy balik ayat 1000 dinar, kita akan faham maksudnya. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ingat2 balik, 30 tahun dulu harga susu cap junjung tuh cuma 70sen(masa tuh mak selalu suruh g beli hihi), now harganya RM3+++... tapi masih jugak kita mampu untuk beli kan...

      Delete
  2. Betul tu. Tak blh nak buat apa dah klo brg dah naik. Bising pon tak guna gak. Kita cari alternatif lain lah. Cari side income untuk tambah pendapatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang bila kita susah skit, kita akan usaha lebih, dari situ jadi menyebab untuk kita dapat lebih banyak. Yg penting sedikit pun kita sedekah kat yg memerlukan, bila dapat banyak pun kita teruskan memberi

      Delete
  3. Bagus pandangan nya.. walau pun nama nya BAHLUL kan.. semoga kita lebih merisaukan hal kita dengan Allah melebihi segalanya kerana yang ada hanyalah dari DIA atas sifat Rahman dan Rahim nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak kekadang baca syarah alhikam nih... kalau tengok video ustaz zul kat utube lg best...
      something yg kekadang kita tak terfikir sgt tp mendalam kesannya, moga Allah kurniakan taufik untuk kita memahaminya

      Delete
  4. terbidas dgn ucap Bahalul tu... terima kasih atas n3 yg sgt berilmiah ni...

    ReplyDelete