Thursday, April 17, 2014

shopping sakan.. sakan shopping

Assalamualaikum...

Terkesan dengan posting2 kawan2 diFB
Cerita pasal shopping jam baru, beg baru yang beratusan ribuan ringgit, rumah baru, kereta baru, henpon baru, tudung baru, pinggan mangkuk baru.... macam2 lerr

Saya sebenarnya agak pelik jugak, mana nak simpan semua tuh yer... kalau ada 4 5 biji henbeg, camna nak simpan? Mungkin sebab rumah saya kecik kut kan.. tokleh nak buat bilik khas untuk kasut dan henbeg tudung etc etc. Maka terpaksalah saya ni berpada-pada jer..

Kekadang setelah sekian lama tak shopping (kecuali barang dapur), hubby dok tanya, takmo g shopping ker? hihihihi.... time dia dapat bonus normally memang dia akan tanya. Maknanya tuh, kalau nak beli apa2 just charge je lerr pada card credit dia (supplement card kat saya). Last 3 years seingat saya ler.. hubby bagi fund beli anak2 baju RM500, tapi bila setiap tahun tanya, nak beli lg tak? saya rasa tak teruja pun nak membeli, yang ada masih elok, kalau tambah lagi nak letak mana plak. Nak buang rasa sayang plak..

Apa lagi yang saya beli yerr? Tupperware.. ha! kekadang berhantu beli tupperware ni, terutama yg cun2, koleksi terbaru. Aduhhh dah hampir penuh kabinet dapur tuh dengan tupperware, memanglah digunakan, kecuali ada certain set tuh saya gunakan time raya sahaja. Now dah rasa tepu dah dengan tupperware nih... start plak bagi kat mak, mak mertua, kak ipar, adik ipar huhuhu.. sebenarnya seronok membeli or seronok memiliki erks?

Peralatan elektrik pun sama, arituh beli egg steamer, dengan harapan senang buat telur separuh masak, tapi hampeh! jadi tukun jugak. Beli breadmaker, kekadang jer datang angin kush kush rajin buat roti.. yang betul guna cuma rice cooker je lerr. Itu pun bila hubby nak kurangkan makan nasi.. kurang jugak digunakan. Oh ya... satu lagi cukcake maker, bukan main excited nak beli, bila dah beli, sekali pun takde masak cupcake....

Banyak lagi sebenarnya... yang kekadang buat saya tertanya2 dalam diri ini...apa sebenarnya yang saya cari. Kenapa perlu saya membeli.. kenapa perlu saya ikutkan nafsu... bila agaknya saya akan rasa satisfied... ataupun sememangnya nafsu tidak akan pernah habis dan cukup...

Dulu duduk rumah sewa, tingkat atas naik tangga hari2, dok berangan nak ada rumah sendiri, teres dan lebih besar. OKlah.. Allah dah permudahkan, dapat merasa duduk rumah sendiri yang lebih besar dan lengkap, teres. Tapi masih berangan nak rumah lagi besar, ada personal room, ada bilik stor khas, ada built in wardrobe etc etc.. angan2 yang takan habis. But fikir2 balik sapa yang bakal mengemasnya, saya rasa better stay dengan apa yang ada, tu pun dah lelah nak mengemasnya..

Tu tak masuk lagi cerita orang jalan sana sini, travel jalan2 makan angin... mulalah daku berangan jugak nak kesana sini.. nak jalan2 jugak.. adoiiii

Oh rasanya saya tahu... saya ini sakit kut.. sakit wahan

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)


Macamana nih nak berubat penyakit wahan ni yer?
Banyakkan sedekah?
Banyak baca alQuran?
Banyak zikir?
- rasanya yang perlu "banyakkan" ni takan boleh dapat dilakukan kalau...
tak sedikitkan tengok FB
tak sedikitkan buat perkara2 lagha
tak suka bertangguh2
tak banyak tengok smart phone.. WA WC etc etc

Perlu bermujahadah, melawan nafsu sendiri......
Moga saya istiqomah

Wassalam

3 comments:

  1. Alhamdulillah saya bersyukur yang saya ini kategori kaum hawa yang tak reti nak shopping. No words window shopping in my dictionary. But my sis sgt suka kumpul tupperware, paper bags, tote bags. Kalau ada free gift dari supplier saya ambil dan bagi pada dia. Tambah collection.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tata... memang jarang2 jumpa kaum hawa yang tak suka shopping... saya tengah nak mendidik diri agar melupakan shopping tupperware dan barang2 elektrik... yg lain2 mcm beg tuh alhamdulillah.. dah terlepas

      Delete
  2. Saya klo shopping keutamaan saya adalah utk anak². Kekadang nak shopping utk diri sendiri, tapi bila tgk baju budak, Trus lupa nak beli tuk diri sendiri. Jebak gak kekadang ngan brand tupperware, tapi kena tahan nafsu dulu ☺

    ReplyDelete