السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته
Apalah nak jadi pada aku harini.. kecewa betul dengan diri sendiri.
Kecewa sebab apakah itewwww?
Kecewa sebab lupa nak puasa harini... arghhhhh geram betul dengan diri sendiri.
Alkisahnya Khamis lepas tak puasa sebab ada meeting di putrajaya, Isnin baru ni sebab uzur, dan hari ni dah plan baik punya nak puasa, tapi pagi2 bangun tidur tadi terbabas skit, terbangun dah lepas dari azan subuh, dah pukul 6 pagi, terus jer minum air.
Dah lepas mandi baru teringat yang sebenarnya aku nak puasa harini.. adehhhh moga adalah hikmahnya
Alhamdulillah.. sejak dari lepas Ramadhan tahun lepas, saya istiqomah berpuasa Isnin dan Khamis kecuali kalau ada jamuan makan di ofis or ketka uzur or kalau ada lain2 halangan seperti nak travel ker... tapi hari2 biasa, aku sedaya upaya puasa.
Terasa seronok berpuasa sebenarnya, badan rasa segar, masa lebih banyak diwaktu tengahari sebab tak keluar makan, so boleh mengaji or dengar ceramah di youtube
Moga aku terus istiqomah berpuasa Isnin dan Khamis yang akan datang.
Puasa kerana Allah, puasa kerana mengikut sunnah Rasulullah..
Teringat plak kita dah pun di Jamadilakhir, tak lama lagi dah masuk Rejab. Aku berazam untuk bersiap sedia lebih awal untuk menyambut Ramdhan. Harapnya aku boleh khatamkan alQuran dalam bulan Jamadilakhir ini, dan start fresh bila masuk Rejab.
Rejab and Syaaban, plan nak khatam sekali dan Ramdhan kali ini aku berazam untuk khatam dalam masa sebulan. Tahun lepas, plan punya plan.. dari tengah Syaaban aku start baca, khatam masa cuti raya hahahaha terbabazzzzz... tak taulah kenapa waktu uzurku lama sangat last year. Selalunya 6 har jer, tapi last year sampai 9 hari... rezeki rezeki.. harapnya rezeki tahun ini lebih baik. Rasanya kena plan baca at least 2 juzuk satu hari kut... adoiiii plan jer lah kan... dan moga Allah bagi yang terbaik buat ku..
Aminnn
Wassalam
Cuba ikut cara kakak dik. Anggarkan kita uzur 10 hari ambil yg banyak walau biasa 6-7 hari aje pun. Biasa kakak akan membaca selepas solat maghrib sehingga isya'. Selepas terawih sambung lagi cukupkan juzuk tersebut. Biasa kalau baca begini mesti memang boleh habis 2 juzuk. Kalau tak dapat juga sambung selepas solat subuh. Insya-Allah kalau kita susun dan jadikan rutin sebelum akhir ramadhan memang boleh katam.. Insya-Allah.
ReplyDeleteterima kasih kak.rasanya saya kurang perancangan masa Ramadhan hari tuh.
ReplyDeleteTahun ini akan try cara akak ni. Hopefully boleh berbuka simple jer dan ada masa lebih lepas maghrib untuk baca alQuran. Lepas isya kena korbankan skit masa tidur kut. Sebab selalunya dah penat, terus tidur. Bila fiki2 balik macam sedikit sangat masa saya peruntukkan untuk baca alQuran, patutlah tak khatam sebulan tuh.
assalammualaikum.. singgah balik ke sini... siyok nyer baca dah start puasa yer.. cik azue pun tak start2 lagi puasa kembali lepas puasa ganti itu hari.. tu la.. cinta apa pun x tau.. nak kata tak puasa makan semedang.. tidak juga.. ada jer yg buat jadi leper... period tak stabil lah.. bleeding tak berenti la... haaiiaahhss... nak kena kira baik2 nie.. tetiba jer period n bleeding jadi tak tentu arah nie...
ReplyDeleteanyway.. thanks singgah blog cik azue..
waalaikumsalam cik kuazue.... kalau dah lama tak puasa akan rasa melepek sangat.. sbb tuh try nak ikut sunnah puasa senin n khamis.... tapi kalau berhalangan nak wat camnakan
Deleteassalamulaikum...terima kasih sudi singgah di blog Besimplebeb...
ReplyDeletetahun lepas saya x bole puasa 10 hari..7 hari awal ramadhan 3 hari penghujung ramadhan..
waalaikumsalam BSB... banyak tuh 10 hari, normally kalaua wal n akhir memang akan terlebih2 kan.. biar tengah2 rasanya..
DeleteSekali sekala lupa tu ... takpe..minggu depan kena cuba elakkan lupa lagi ya..insyaAllah takkan lupa lagi.
ReplyDeleteInsyaAllah.. alhamdulillah semalam tak lupa
Deletesalam kenal tuan rumah...mencari butang follower kat sini tp tak jumpa hehe
ReplyDeleteSalam kenal... alamak.. acik nih orang baru kat blogger, nanti saya cari2 mana letaknya butang follower k
DeleteAssalam, baru hari ni berkesempatan ziarah balik, nice entry..
ReplyDeletetula, saya pun dok cari butang follower
Waalaikumsalam... nanti saya cari yer... hihi thanks singgah
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete