Friday, April 25, 2014

Plenty of food

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wah dah makin culas nak menulis disini..

Hari2 balik kerja dok fikir nak masak apa.. aishhh terasa plak dengan kata2 ustaz, kita ni macam burung plak, dok pikir makan jer memanjang, bangun tidur jer pikir makan, nak tidur pikir makan, bangun2 fikir makan hihi

Dannn.. saya bereksperimen. Bukanlah apa pun, sekadar bereksperimen tak nak fikir sangat apa nak makan. Dan masa shopping on weekend arituh saya tak beli pun barang basah, sebab rasanya masih banyak lagi dalam peti ais. Ok.. fail jugak sebab tengah minggu tetap mengunjungi si raksaksa kat ofis, tapiiii minimum visit, bukan EVERYDAY!... (before this almost everyday, ada ajer nak beli itu ini.

Surprisingly, still boleh makan dengan kenyang. Ok.. let me recall..
Isnin - nasi+tenggiri kicap+kacang buncis goreng
Selasa - bihun goreng
Rabu - Nasi+sup sayur+telur goreng+puding roti
Khamis - Roti john +Nasi+betik+tembikai+ikan masin masak sambal+ikan bakar

Seeeeeee... memang plenty of food. korek2 kat dapur, ada jer. Napalah saya dok risau sangat pasal makan. Saya nak belajar berpada2 dengan makan... takmo pikir lebih2 sangat, but planning tetap ada supaya tak mebazir.
Kekadang tuh dapat makan lempeng tepung dengan kuah kari pun dah best... kalau tak pun lempeng tepung cecah sos cili. Then kalau makan nasi tuh, dengan lauk telur mata kobau pun dah nikmat tak terhingga.

Teringat plak.. Pernah sekali tuh... masa dibulan puasa, kami bercadang nak berbuka puasa disurau. Rupanya, makanan tak cukup, makcik yang masak2 tuh plak lebihkan kawan-kawannya, siap simpan2 lagi. So saya yang agak lewat ambik makanan nih memang dah takde lauk. Nasi pun dah habis. Sedih jugak. Tetapi, tetiba datang satu dulang nasi dagang lengkap dengan lauk dan acarnya, sedekah dari peniaga berdekatan. Dah rezeki kan...

Saya pun pelik dengan diri sendiri.. yang dijamin oleh Allah, saya dok kejar2 kan. Which is rezeki dalam bentuk makanan, pakaian, tempat tinggal etc.
Tapi rezeki dalam bentuk ibadah selalu saya abaikankan. Tak berusaha sungguh2 dalam mengejar untuk beribadah kepadaNya. Sedangkan itulah yang lebih utama yang dituntut dari kita sebagai hamba.
OH aku yang bernama manusia... sedarlah diri... sebelum disedarkan dengan sebuah kematian

4 comments:

  1. Sama lah kita kak. Manusia akhir zaman ni taqwa nya on/off. Tak payah hairan la. Tapi jeles kan kalau dapat kenal dan jumpa dgn mereka yg khusyuk dan tawadduk. Rasa diri ini sangat la kerdil nya berbanding mereka.

    Lepas solat saya selalu doa minta Allah timbulkan rasa sayang dan cinta pada Dia. Minta Dia tetapkan iman ini hanya pada Nya.

    Maintain sesuatu adalah sangat susah.

    ReplyDelete
  2. same goes here.. takut anak tak cukup makan kata org dedulu n hati sendiri.. jom risaukan amal ibadah kita dan keluarga lepas nie kan..

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan entry ni. Masuk hari jumaat je saya mula risau pasal stok makanan. Padahal ada hari yanh tak masak tu, banyak je lagi bahan lain boleh dimasak. Pernah ada masa sampai bergaduh dengan suami pasal makanan dlm peti sejuk. Betapa tak sbarnya saya masa tu..

    ReplyDelete
  4. Begitulah melimpah-ruahnya pemberian Allah buat kita hambaNya tidak boleh dihitung lagi. Amalan kita pula kalau dibanding dgn pemberianNya memang tak boleh dibanding. Astaghfirullah.... mula terasa banyaknya dosa kakak ni dik...

    ReplyDelete