Wednesday, April 16, 2014

Jumbo si gajah

 Assalamualaikum..

Hari ini dengar cerita pasal anak gajah..
dari kecil di ikat disebatang tiang menggunakan besi ikatan yang kecil sahaja.
mula2 di ikat, anak gajah berusaha untuk melepaskan diri, tetapi tidak berjaya
tahun demi tahun, jadilah anak gajah seekor gajah yang gagah, tapi masih lagi menggunakan besi pengikat yang kecil... masih lagi merasakan dia takan mampu melepaskan diri dari ikatan tersebut. tanpa ada rasa hendak mencuba lagi dan lagi..

moral of the story... pengalaman kekadang menipu kita, membina keyakinan yang menjadi tembok kepada kita dengan dunia luar. Sebab itu orang kafir pada zaman Rasulullah menolak ajaran Islam, kerana mereka masih lagi percaya dengan ajaran nenek moyang mereka..

Jom kita runtuhkan tembok yang mengongkong diri kita, ubah persepsi kita.. wassalam

Petikan dari rancangan Islam itu Indah @ ikim.fm bersama ustaz Pahrol

5 comments:

  1. Pengalaman mengajar saya supaya tidak mempercayai kata-kata lelaki sehingga saya pernah bertekad untuk hidup sendirian. Sehingga la saya berkenalan dengan seseorang yang mengajar saya untuk ubah gaya pemikiran saya itu. Apa yang selama ini saya fikir sebenarnya tanpa saya sedar adalah berfikir dengan disertakan bisikan halus dari syaitan. Syaitan yang tak nak lihat anak Adam berkahwin dan beranak pinak. Dan sekarang saya sedang melalui fasa yang saya harap menuju ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. Cuma perlukan niat, tekad, semangat dan dorongan untuk berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah memberikan taufikNya buat Tata dengan kehidupan baru...
      Barakallahufik

      Delete
  2. Assalamualaikum.
    Salam ziarah dr K.Sham.
    Satu entri mudah tp dgn maksud yg mendalam.
    Semoga kita semua di bawah kurnia lindungan dan rahmat-Nya.. insya'Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam K.Sham (eh ye ke kakak nih.. kang kut saya yg terlebih umur hihi)

      InysaAllah.. Aameennn

      Delete
  3. As salam tuan blog...
    terima kasih mengunjungi blog Umi Qi...
    mmg terkesan rasa di hati...mmg betul...kita kena berfikir dan belajar pengalaman di luar kotak fikiran...
    bila kita set memory kita tak mampu, yakinkah aku...sampai bila2 x kan rasa kegagalan...sebab dari gagal berjuta kali...akan dpt jua akhirnya kejayaan yg hakiki...apa2 pun tawakal kerana Allah :)

    ReplyDelete