Wednesday, April 9, 2014

Auratku auratmu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alkisahnya...
 
Aku ni tergolong dalam orang yang tahu tapi tak sedar
Tahu pentingnya menutup aurat, tapi tak sedar2 diri... tak begitu menjaga aurat.. kalau takat baju 3 quarter tuh rasa macam ok jer.. relex jer. Agaknya, bolehkah aku ni relex relex jer kat neraka nanti? Waduh waduh....
 
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Allah bagi aku kesedaran untuk menutup aurat dengan sempurna lately nih.
Bermula dengan hubby belikan baju t-shirt muslimah, emmm not bad jugaklah. Selama ini rasa macam tak cantik jer bila pakai t-shirt labuh2 nih. Atas montot baru nampak muda skit kuikui. Tak sedar diri betul orang tua nih kan!
 
Now tinggal beberapa helai sahaja t-shirt aku yang bukan t-shirt muslimah, aku gunakan untuk pergi jogging, sebab kat luar aku pakai wind-breaker, untuk dapatkan sauna effect masa jogging/walking.
 
Bila aku tengok orang lain yang pakai seadanya, aku teringat balik zaman2 aku dulu, aku tahu, aku perasan jer lebih2 arituh.
Dan seikhlasnya, aku mendoakan agar mereka sedar jua suatu hari nanti.
Apalah sangat nak nampak cantik dimata manusia, tapi tidak di pandangan Allah
Percayalah... yang menjadikan rules aurat ini adalah yang menciptakan kita, yang tahu apa yang terbaik untuk kita...
Dia lah yang menciptakan kita, dan Dia jualah yang menyayangi kita, sebab itu adanya pelbagai guideline untuk kita ikuti, demi keselesaan kita.
 
Bila aku start memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna(ops kecuali stokin) di rumah mertua, sampai sekarang kakak ipar aku dok tanya "nak keluar ke?" hihihi. Bagi diorg pakai tudung bila nak keluar jer. Sesama ipar duai tak kisah sgt.
Oh tidak.. aku tak mahu leka dan lalai lagi.
Maut boleh menjemputku dimana sahaja, macamana kalau tetiba aku mati dalam keadaan aku tidak menutup aurat... apakah alasan ku bila ditanya tentang amalanku nanti, sudikah Allah memandangku di akhirat nanti
Walaupun sebenarnya.. aku dah lama nak menutup aurat dengan sempurna dirumah mertua, tapi asyik terhalang sebab hubby takut salah faham dari keluarganya.
Dan aku telahpun membuat keputusan nekad, langsung aku tak tanya hubby hahhaha.. aku pakai jer. Kalau ditanya, mesti menyebabkan aku rasa serba salah dengan jawapannya. Ianya antara aku dan Allah, aku dah malu nak bertaubat memohon ampun atas kesalahan yang aku sengajakan, biarlah aku bertaubat dan aku istiqamah, moga Allah melihat usaha ku yang tersangatlah kecil ini.
 
Aku yakin, dakwah bukan sahaja dalam bentuk kata, tapi yang selebihnya dengan tingkah laku. Moga dengan perubahan aku ini, mereka lebih sedar tentang aurat, dan bersama memperbaikinya.... Amin

1 comment:

  1. terkesan dgn entri nie.. farah pun sedang berusaha ke arah itu..=D

    ReplyDelete