Tuesday, March 25, 2014

Sedekah menghiburkan hati...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


In the name of Allah, the beneficient, the merciful.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam
Atas segala nikmat dan kurniaannya
Atas kesempatan dariNya untuk terus bernafas

Hari ini aku nak kongsikan pasal sedekah. Alhamdulillah, sejak mula bekerja, aku sentiasa menunaikan zakat dan juga tak lupa sedekah untuk mak dan abahku
Walaupun di ketika itu gaji aku hanyalah RM1k, lepas tolak sana sini, dapatlah dalam 800 ringgit sebulan. Nasib baik rumah disediakan oleh majikan, tinggal nak bayar elektrik dan air secara berkongsi dengan rakan2 sekerja.
Seingat aku, waktu tuh hanya mampu beri RM50 sahaja pada abah
Masih ku ingat, masa raya terakhir bersama abah, aku sedekahkan duit raya untuk abah RM50 dan untuk mak RM50. Dan pada masa abah meninggal dunia (10 zulkaedah), duit RM50 sekeping tuh masih lagi dalam poket baju melayu abah isk isk isk...

Aku selalu memikirkan betapa cantiknya sedekah, kau seolah-olah diberikan loan oleh bank, dan dari loan tersebut kau boleh bagi sesiapa sahaja tanpa perlu dibayar balik, dan dari situ kau dapat keuntungan berganda, RM1 pelaburanmu, dapat balik sekurang-kurangnya RM700
Jadi bank manakah agaknya yang mampu memberikan kadar pinjaman yang sebegitu? Tidak wujud bank tersebut didunia ini melainkan bank Allah. Kerana Dia Maha Kaya dan tidak berhajat kepada kekayaan makhluknya.

Dari gaji hanya RM1k tuh.. Allah telah tambah rezeki berbentuk kewangan kami. Seingat aku, hubby cuma bergaji RM1,900.00 masa tuh
Hidup makin senang dari hari ke hari... kenaikan gaji dan pangkat, seiring dengan kenaikan gaji. Kalau dulu banyak perbelanjaan yang dikongsi bersama, tapi sekarang boleh dikatakan 90% ditanggung oleh suami. Aku hanya tolong bayarkan bil elektrik, taska anak dan yuran bas sekolah. Selainnya, termasuklah keretaku, minyak kereta ke ofis, servis kereta, duit shopping barang2 dapur, rumah etc adalah ditanggung penuh oleh suami. Dengan gajinya sekarang, rasanya masih banyak lagi lebihan yang dia boleh simpan.
Aku makin banyak ada lebihan dari gaji ku, syukur kerana aku bukanlah seorang yang mengejar barang2 berjenama, dan aku bukanlah kaki shopping. Sebabnya satu, aku tak suka menyimpan barang.. jadi aku hanya akan ada 1 or 2 beg pada satu2 masa, begitu juga dengan kasut. Dan hanya akan beli baru dikala yang lama dah rosak. That is me, mungkin kesusahan masa lalu mendewasakan aku jadi sedemikian.
Gaji lebihan ni dahulunya aku simpan.. simpan dan simpan. Simpanan yang asalnya cuma 4 angka, dah jadi 6 angka. Aku sememangnya seorang yang sangat disiplin dengan duit... sebab itu kami tidak pernah mengalami krisis kewangan, tapi aku rasa tiada siapa tahu, sebab kami serba sederhana. KEreta biasa2 jer, rumah pun biasa2 jer.

Sampai satu ketika, aku rasakan duit2 yang disimpan itu makin hari makin susut dengan inflasi, apalah gunanya, kalau nialian RM100k dahulu dan 10 tahun akan datang, entah2 dah macam 10k sahaja.

Bila banyak dengar cerita pasal sedekah, wakaf, infaq etc... aku mula sedar.
Sebenarnya yang aku simpan selama ini hanya akan jadi harta yang akan diwarisi jika aku mati, tapi tiada sedikit pun saham yang akan ku bawa ke dalam kubur.

Maka aku pun mula berubah, yang sepatutnya disimpan didalam bank, aku simpan dalan akuan simpanan akhirat... Aku start taja anak yatim, aku start cari peluang untuk sertai saham wakaf, sedekah untuk fisabilillah seperti dana untuk mengajar muslim membaca alquran, dana untuk mengajar anak2 yang ketinggalan dalam pembelajaran. start cari akaun2 bank pusat2 tahfiz, rumah anak yatim, dapat gaji jer aku siap2 transfer online.
Juga cari saudara mara yang yatim untuk disponsor. Setakat ini aku berjaya menaja 2 orang anak yatim palestin, seorang anak yatim di kenya, 3 orang anak yatim dari keluargaku sendiri. Dan berharap sangat agar aku berkemampuan untuk terus menambah bilangan anak yatim yang ditaja. Aku sentiasa doakan semoga anak2 ini dapat meneruskan kalimah Allah dimuka bumi ini. Dan moga anak2 yatim palestin yang ditaja tersebut dapat melahirkan muslim yang akan membebaskan Palestin seuatu hari nanti. Walaupun pada masa tersebut mungkin yang tinggal hanyalah tulang belulangku di dalam kubur.
Aghhh sadis dan tinggi benar cita-cita ku kan.
Tidaklah kuceritakan disini untuk bermegah2, tetapi setakat ingin berkongsi... moga bermanfaat pada orang lain. Minta maaf kerana merahsiakan siap diri ini, jangalah lihat pada siapa yang menulis ini, kerana aku insan yang sangat lemah, tapi ambillah apa yang baik dari penulisan ini.

Setiap kali gaji masuk, priority aku adalah membayar hutang-fully settled- (kebanyakan perbelanjaan ku menggunakan kredit kad sebagai medium of payment... takaful, bil elektrik, bil telefon etc), dan bersedekah... termasuk jugak untuk ibuku.

Tapi... miricle kan... aku tak pernah sedikit pun rasa terbeban dengan semua ini. kekadang setelah semuanya settle, masih banyak lagi baki dalam akaun. Percaya tak balance akaun gaji aku tak pernah tinggal 3 angka. Paling minimum akan ada 1k. Ada sahaja cara Allah murahkan rezeki ku.... terkadang nampak macam dah kena berjimat sebab duit yang makin skit di waktu paginya, tetiba Allah datangkan rezeki yang tak disangka diwaktu petangnya. Itu dari segi kewangan sendiri, tak termasuk rezeki yang kewangan suami jugak. Dan tak termasuk rezeki anak, kekadang sedikit masalah timbul nak kesekolah or balik sekolah, tetapi Allah permudahkan dengan ada pertolongan yang tak disangka2.

Maka aku... AMAT AMATLAH percaya bahawa janji ALLAH itu benar.
Janganlah sekali-kali anda rasa anda tak mampu bersedekah, tapi mintalah pertolongan Allah dalam melakukan sedekah. Kalau anda cuma ada RM50 katakan, dan sedekahkan RM10, mintalah pertolongan Allah agar lapang RM40 lebihan dari sedekah tersebut, moga cukup untuk perbelanjaan kita. NAmun begitu janganlah sampai tiada apa yang tinggal untuk diri sendiri kan... kerana Allah bagi kita akal dan fikiran untuk berfikir dan berusaha.

Sekian dulu perkongsian kali ini. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari diri aku sendiri yang lemah dan serba kekurangan

No comments:

Post a Comment