Assalamualaikum
blog yang selalu ditinggal-tinggalkan kan..
menulis dikala rasa nak menulis
this week aku dikejutkan dengan satu berita...
aku pun confuse, berita gembira or tidak..
satu ujian or satu rahmat?
seharusnya aku ucapkan alhamdulillah..
tapi aku sangat takut...
boleh tak dibayangkan, seorang perempuan yang dulunya lalai dalam mengingati Ilahi, sibuk dengan urusan anak2 dan keluarga, disuatu ketika ia diberikan ujian, dengan ujian tersebut ia kembali sedar dan bersungguh2 dalam mengejar cinta Ilahi. Takut sungguh kalau cintanya pada anak2 dan keluarga melebihi cintanya pada Ilahi.. anak pun dah besar... dah tiada lagi sesi bangun malam bancuh susu, anak pun dah berdikari, malamnya tidur awal, pagi bangun awal, tahajjud, isnin dan khamis berpuasa.. indah sekali. Wang yang terlebih dibelanjakan untuk si yatim dan miskin etc etc
tetiba diberitakan, mengandung lagi?
apakah sekali lagi akan lalai dan leka dengan anak2? dapatkah nak meneruskan ibadah kepadaNya, tanpa rasa tak larat, penat dan letih. Oh besar cabarannya terutama bila umur dah meninggi... mungkin kalau dapat diteruskan bermujahadah.. besar pahalanya. tapi kalau tetiba leka kembali, alangkah teruknyanya diri ini, sungguh menakutkan kerana usia yang tersisa, sempatkah agaknya aku kembali lagi.
Aku mohonkan kekuatan padaNya, moga dipermudahkan
moga direzekikan anak yang soleh dah solehah
apa2 yang di tetapkan oleh Allah tetap akan terjadi, apa2 yang ditetapkan tidak terjadi maka tidak akan terjadi, tiada daya upaya diri ini melainkan dengan kekuatan dariNya
Moga ianya rahmat dariNya disebalik ujian yang datang.. mungkin tanpa ujian ini, tidak tahu sebesar mana kesungguhan aku, hanya ketika senang2 jer nak bangun malam dan bermunajat padaNya, tapi bukna pada waktu sibuk dan penat. sesungguhnya tidak akan diuji seseorang itu diluar kemampuannya kan.
Doakan moga inilah yang terbaik buat ku
aminnn
Alhamdulillah...Tahniah. Kita hanya merancang tapi DIA adalah perangcang terbaik.
ReplyDeleteSelamat menempuh 40 minggu nan indah. Take care ☺
Thanks Fiza.. dah lupa pengalaman 40 minggu yg lepas camna
DeleteAin, pregnant?
ReplyDeleteEh, baru perasan, silap nama la wei!!! Huhuhu malunya saya!
DeleteSebab ada satu blogger ni mmg tunggu pregnant dah lama dah, tu yg sy hairan bila akak kata ini satu ujian atau satu rahmat?
Huhu. Sorry kak..
Hihi tak per... tak per... bila unexpected ni memang terasa terkejut, apap pun alhamdulillah
DeleteMoga urusan mengandung kali ini, berjalan lancar,tanpa komplikasi...Insya Allah..
ReplyDeleteTak mengapa..
Menjaga anak anak kecil..bangun malam menjaga anak, itu juga ibadah..
TQ daddy ziyyad, ye betulll menjaga anak pun satu ibadah, tambah lagi kalau dapat zuriat yang soleh dan solehah. Moga saya tak terlalai seperti dulu2.... amat memalukan bila teringat balik nak baca alquran pun jarang2, takat baca yassin jer.. sibuk dengan urursan anak2 dan keluarga. Moga tak berulang lagi.. moga terus istiqomah
DeleteEh...berita gembira ni.. tahniah ya.. kuat bayi ni ya.. semoga sihat n semuanya ok sampai ke detik bersalin..
ReplyDeleteOh kalau kakak ianya satu yg menggembirakan..
ReplyDeleteMoga diberi kekuatan dan kesihatan yg terbaik utk hasil yg terbaik di dunia dan akhirat