Thursday, March 27, 2014

Solat Sunat Dhuha : buat dapat pahala, tak buat tak apa ke?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Pernah tak kita dengar cerita pasal amalan2 sunat? mesti banyak kali dengarkan..
Tapi ada tak kesedaran dari kita untuk mengamalkannya?
Rasanya saya dengar pasal solat sunat nih sejak dari sekolah menengah lagi.. detail belajar, tapi mungkin setakat dengar, tapi tiada taufik dari Allah untuk dengar dengan hati. Maka saya merasakan, its not the time yet
 
Berapa kali jugak kita tengok orang lain mendirikan solat sunat? tapi kita sekadar pandang sahaja, mungkin dalam hati setakat berkata wahhh rajinnyer dia, or the worst.. alaaaa rajin benor solat, nak tunjuk rajin ler tuh
 
Inilah saya yang dulu, selalu skeptikal untuk menunaikan solat sunat, or apa sahaja yang sunat, even puasa sunat. Rasanya kalau tak buat pun tak per, tapi tak sedar, sebenarnya kalau tak buat ANDA RUGI!
 
Memang RUGIII sangat, masa berlalu macam tuh jer... apalah susah sangat kalau setakat nak ditambah dengan solat dhuha? tapi sibuk nak isi perut jer bila rehat pukul 10. Tak ubah macam burung sahaja... asyik fikir pasal makan, keluar pagi2 cari makan, kalau burung pun takat siang jer, ini malam dan siang dok fikir pasal makan jerr kuikui- aku malu-

Alhamdulillah... rasanya sejak dari sebelum puasa tahun lepas saya dah start konsisten solat dhuha... rasa tenang sangat, Alhamdulillah atas kurniaanNya merezekikan kesempatan dan meringankan tulang belulang ku ini untuk melakukan solat dhuha
Rezeki yang sangat berharga

Kalau ada orang yang solat dhuha kerana berkehendakkan rezeki dalam bentuk kewangan, maka anda salah. Rezeki yang sebenarnya adalah kesempatan untuk menunaikan solat dhuha tuh...betapalah ramai yang ada kesempatan, sihat tubuh badan tapi tak nampak pun jalan untuk melakukannya, walaupun terkadang tahu betapa besarnya pahala melakukannya.

Tau tak bila first time saya melakukan solat dhuha? Di masjid kiblatain di madinah. Sebab kami sampai time dhuha, ustaz suruh kami solat 2 rakaat dan solat dhuha. MAsa tuh ragu2 macamana nak solat solat dhuha huhuhu.. bedal ajer mcm solat sunat biasa tuh huhu. Doa pun tak hafaz. Doa yg biasa2 jer lah kan.
Then... selalu jer dengan doa dhuha yang dilagukan kat ikim.fm.. entah macamana, sorang offficemate tegur kata tuh doa solat dhuha kan? saya plak ternganga hihihi.. dari situ saya terus berazam untuk solat dhuha. Alhamdulillah Allah permudahkan. Rezeki yang amat berharga dikala usia yang makin tinggi ini.

Moga Allah terus rezekikan saya dengan solat dhuha sampailah keakhir hayat ku. sekarang hanya mampu 4 rakaat sahaja, kena kejar masa sebab kalau boleh saya takmau ambik masa yang terlalu lama. Terkadang ada meeting, so ada kerja yang perlu settle sebelum meeting, so ambik skit jer lah masa kerja untuk dhuha. Moga suatu hari dapat masa yang panjang dan boleh menunaikan dhuha 8 rakaat.

Dan satu masalah yang masih menghantui saya... masa cuti, sibuk di rumah, lupa nak solat dhuha... teruk betulkan!!!!! memang teruk. Housework memang menimbun kalau cuti, macam2 nak buat, at last skit dhuha..... ok saya akan terus perbaiki.. ingatkan diri yang anda mesti menunaikan solat dhuha everyday...

 
 
 
 
 

Solat sunat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

In the name of Allah, the beneficient, the merciful.

 
Anak : Umi buat apa tuh? tak habis2 lagi umi solat
 
Umi : Umi solat sunat
 
Anak : Alaa banyaklah pahala umi camni..
 
Umi : Oh anakku.. umur umi ini dah panjang, maka makin pendek baki yang tinggal, sementara umi tak tau macamana pandangan Allah pada umi, adakah umi ini termasuk digolongan hambanya? Umi takut andai tiba masanya, sikit benar bekalan umi bawa dan berat benar timbangan amal buruk... umi takut umi terlewat mengejar keampuanan dari Allah. Umi takut umi hanya ada rasa syukur dihati dengan kurniaan Allah pada umi selama ini, tapi gagal menzahirkan kesyukuran itu..



Tuesday, March 25, 2014

Sedekah menghiburkan hati...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


In the name of Allah, the beneficient, the merciful.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam
Atas segala nikmat dan kurniaannya
Atas kesempatan dariNya untuk terus bernafas

Hari ini aku nak kongsikan pasal sedekah. Alhamdulillah, sejak mula bekerja, aku sentiasa menunaikan zakat dan juga tak lupa sedekah untuk mak dan abahku
Walaupun di ketika itu gaji aku hanyalah RM1k, lepas tolak sana sini, dapatlah dalam 800 ringgit sebulan. Nasib baik rumah disediakan oleh majikan, tinggal nak bayar elektrik dan air secara berkongsi dengan rakan2 sekerja.
Seingat aku, waktu tuh hanya mampu beri RM50 sahaja pada abah
Masih ku ingat, masa raya terakhir bersama abah, aku sedekahkan duit raya untuk abah RM50 dan untuk mak RM50. Dan pada masa abah meninggal dunia (10 zulkaedah), duit RM50 sekeping tuh masih lagi dalam poket baju melayu abah isk isk isk...

Aku selalu memikirkan betapa cantiknya sedekah, kau seolah-olah diberikan loan oleh bank, dan dari loan tersebut kau boleh bagi sesiapa sahaja tanpa perlu dibayar balik, dan dari situ kau dapat keuntungan berganda, RM1 pelaburanmu, dapat balik sekurang-kurangnya RM700
Jadi bank manakah agaknya yang mampu memberikan kadar pinjaman yang sebegitu? Tidak wujud bank tersebut didunia ini melainkan bank Allah. Kerana Dia Maha Kaya dan tidak berhajat kepada kekayaan makhluknya.

Dari gaji hanya RM1k tuh.. Allah telah tambah rezeki berbentuk kewangan kami. Seingat aku, hubby cuma bergaji RM1,900.00 masa tuh
Hidup makin senang dari hari ke hari... kenaikan gaji dan pangkat, seiring dengan kenaikan gaji. Kalau dulu banyak perbelanjaan yang dikongsi bersama, tapi sekarang boleh dikatakan 90% ditanggung oleh suami. Aku hanya tolong bayarkan bil elektrik, taska anak dan yuran bas sekolah. Selainnya, termasuklah keretaku, minyak kereta ke ofis, servis kereta, duit shopping barang2 dapur, rumah etc adalah ditanggung penuh oleh suami. Dengan gajinya sekarang, rasanya masih banyak lagi lebihan yang dia boleh simpan.
Aku makin banyak ada lebihan dari gaji ku, syukur kerana aku bukanlah seorang yang mengejar barang2 berjenama, dan aku bukanlah kaki shopping. Sebabnya satu, aku tak suka menyimpan barang.. jadi aku hanya akan ada 1 or 2 beg pada satu2 masa, begitu juga dengan kasut. Dan hanya akan beli baru dikala yang lama dah rosak. That is me, mungkin kesusahan masa lalu mendewasakan aku jadi sedemikian.
Gaji lebihan ni dahulunya aku simpan.. simpan dan simpan. Simpanan yang asalnya cuma 4 angka, dah jadi 6 angka. Aku sememangnya seorang yang sangat disiplin dengan duit... sebab itu kami tidak pernah mengalami krisis kewangan, tapi aku rasa tiada siapa tahu, sebab kami serba sederhana. KEreta biasa2 jer, rumah pun biasa2 jer.

Sampai satu ketika, aku rasakan duit2 yang disimpan itu makin hari makin susut dengan inflasi, apalah gunanya, kalau nialian RM100k dahulu dan 10 tahun akan datang, entah2 dah macam 10k sahaja.

Bila banyak dengar cerita pasal sedekah, wakaf, infaq etc... aku mula sedar.
Sebenarnya yang aku simpan selama ini hanya akan jadi harta yang akan diwarisi jika aku mati, tapi tiada sedikit pun saham yang akan ku bawa ke dalam kubur.

Maka aku pun mula berubah, yang sepatutnya disimpan didalam bank, aku simpan dalan akuan simpanan akhirat... Aku start taja anak yatim, aku start cari peluang untuk sertai saham wakaf, sedekah untuk fisabilillah seperti dana untuk mengajar muslim membaca alquran, dana untuk mengajar anak2 yang ketinggalan dalam pembelajaran. start cari akaun2 bank pusat2 tahfiz, rumah anak yatim, dapat gaji jer aku siap2 transfer online.
Juga cari saudara mara yang yatim untuk disponsor. Setakat ini aku berjaya menaja 2 orang anak yatim palestin, seorang anak yatim di kenya, 3 orang anak yatim dari keluargaku sendiri. Dan berharap sangat agar aku berkemampuan untuk terus menambah bilangan anak yatim yang ditaja. Aku sentiasa doakan semoga anak2 ini dapat meneruskan kalimah Allah dimuka bumi ini. Dan moga anak2 yatim palestin yang ditaja tersebut dapat melahirkan muslim yang akan membebaskan Palestin seuatu hari nanti. Walaupun pada masa tersebut mungkin yang tinggal hanyalah tulang belulangku di dalam kubur.
Aghhh sadis dan tinggi benar cita-cita ku kan.
Tidaklah kuceritakan disini untuk bermegah2, tetapi setakat ingin berkongsi... moga bermanfaat pada orang lain. Minta maaf kerana merahsiakan siap diri ini, jangalah lihat pada siapa yang menulis ini, kerana aku insan yang sangat lemah, tapi ambillah apa yang baik dari penulisan ini.

Setiap kali gaji masuk, priority aku adalah membayar hutang-fully settled- (kebanyakan perbelanjaan ku menggunakan kredit kad sebagai medium of payment... takaful, bil elektrik, bil telefon etc), dan bersedekah... termasuk jugak untuk ibuku.

Tapi... miricle kan... aku tak pernah sedikit pun rasa terbeban dengan semua ini. kekadang setelah semuanya settle, masih banyak lagi baki dalam akaun. Percaya tak balance akaun gaji aku tak pernah tinggal 3 angka. Paling minimum akan ada 1k. Ada sahaja cara Allah murahkan rezeki ku.... terkadang nampak macam dah kena berjimat sebab duit yang makin skit di waktu paginya, tetiba Allah datangkan rezeki yang tak disangka diwaktu petangnya. Itu dari segi kewangan sendiri, tak termasuk rezeki yang kewangan suami jugak. Dan tak termasuk rezeki anak, kekadang sedikit masalah timbul nak kesekolah or balik sekolah, tetapi Allah permudahkan dengan ada pertolongan yang tak disangka2.

Maka aku... AMAT AMATLAH percaya bahawa janji ALLAH itu benar.
Janganlah sekali-kali anda rasa anda tak mampu bersedekah, tapi mintalah pertolongan Allah dalam melakukan sedekah. Kalau anda cuma ada RM50 katakan, dan sedekahkan RM10, mintalah pertolongan Allah agar lapang RM40 lebihan dari sedekah tersebut, moga cukup untuk perbelanjaan kita. NAmun begitu janganlah sampai tiada apa yang tinggal untuk diri sendiri kan... kerana Allah bagi kita akal dan fikiran untuk berfikir dan berusaha.

Sekian dulu perkongsian kali ini. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari diri aku sendiri yang lemah dan serba kekurangan

Thursday, March 20, 2014

Aku yang dulu2


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


In the name of Allah, the beneficient, the merciful.

Sambung cerita lagi..

Mengimbau kembali saat2 aku rasa berputus asa dan rasa sedih sangat..
Mungkin takde siapa yang perasan pun, sebab aku ok jer kalau ada orang lain bersama. Tapi kalau aku sorang2, mulalah rasa sedih dan banyak bercakap dengan diri sendiri.
Bila tuh?
Masa drive pergi kerja huhuu.. dalam traffic jam aku nangis sorang2.
Mula2 tuh aku dok dengar hot.fm untuk mewujudkan rasa ceria, gelak2 bila farah & fbi buat lawak. Tapi semua tuh memang tak dapat mengubat hati ini, masih rasa sedih dan menyalahkan diri sendiri.

Entah macamana aku terfikir yang aku patut buat sesuatu, ambik kesempatan dari masa yang ada dalam kereta. Aku pun startlah baca surah2 pendek seperti alWaqiah, alMulk, adDhukhan dan arRahman. Mula2 nak baca memang agak susah jugak, tapi lama2 seronok sangat, rasa tenang sangat hati. Sampaikan boleh ukur kesesakan jem ni melalui surah yg dibaca hahaha. Kalau dapat baca 4 surah tuh, kiranya memang jem teruk sangat dah tuh haha. Time cuti sekolah kekadang nak habiskan alMulk pun tak sempat huhu. Tapi bila sampai ofis awal, bolehlah baca kat ofis plak.

Then aku start baca makthurat. mula-mula merangkak2, at last aku hafaz makthurat sugrah. Yang kecik je lerr... yang panjang tuh belum lagi hihii. So pergi kerja dan balik kerja aku dok membaca makthurat. seronok tau.

Dan entah macamana, satu hari tuh terdengar radio ikim.fm... rasanya hubby tukar siaran masa dia bawa kereta aku. Ya Allah.... syukur sangat. Dari hari itu aku dah tak tukar chanel dah... stick to ikim.fm
Banyak pahala orang ikim nih kan... banyak sangat yang aku belajar. Memang tak mo ketinggalan Motivasi Pagi. Banyak sangat input rohani yang aku dapat dari motivasi pagi nih.

Then aku terfikir plak... try tengok kat website, kut boleh dengar online dan harapnya IT tak blok lerrr... Alhamdulillah... aku continue dengar ikim di ofis, dapat dengar Islam Itu Indah Prof Muhaya (now ustaz Pahrol kan), dapat dengar Pesona Dzahra ustaz Amin, Tahsinul Ibadah ustaz Fazli. Sebelah petang plak, aku suka dengar Ibrah on monday... kekadang meleleh airmata dengar cerita2 ibrah dari alQuran. Kalau time2 ada meeting tuh rasa rugi sangat terlepas, tapi nasib baik boleh download kat website.

Baru saya tahu.. baru aku sedar, yang sebenarnya aku perasan jer berilmu, perasan tergolong dalam orang yang beriman, tapi sebenarnya ilmu aku hanyalah setakat tingkatan 5 (umur dah dekat 40 tahun, tapi ilmu takat tingkatan5.. :maluuuu:), imanku plak.... macam lalang, macam buih dilaut, kejap ditepian, kejap dilautan....ohhhh banyaknyer dosa ku. Ampunilah aku.

Andai ada sesiapa yang membaca coretanku ini... andai anda rasa anda nak berubah, tapi keterbatasan waktu untuk pergi berguru, mendengar ceramah di masjid dan surau etc, trylah ubah siaran radio anda.... banyak sangat manfaatnya. Nanti saya sambung lagi ok.
Wassalam

Siapa aku dahulunya?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

In the name of Allah, the beneficient, the merciful.

Pagi yang damai
Ya Allah.. terima kasih kerana aku masih bernyawa hari ini
Ya Allah.. moga hari ini lebih baik dari semalam buatku

Mengenang kembali aku yang dulu

Mempunyai cita-cita untuk berjaya dalam hidup, dari seorang anak kampung yang ingin merubah kemiskinan keluarga, membawa harapan abah dan mak.
Masih ingat lagi, bersungguh2 betul aku bila nak menghadapi SPM, aku buat solat hajat hampir setiap malam, aku benar2 mengharapkan bantuan dari Allah
Dan alhamdulillah, keputusan SPM aku agak baik, walaupun aku demam teruk masa exam. Dan berjaya melanjutkan pelajaran..
Tapi rasanya pergantungan aku dengan Allah selepas kejayaan2 tersebut semakin berkurang.. aku lalai dengan dunia, aku leka.
Masa berlalu begitu sahaja. Betapalah sedikitnya amal aku, baca alQuran pun jarang2. Pergi usrah pun dalam keadaan terpaksa. 
Rasanya aku merasakan diri ini serba tahu kut... mungkin subjek2 agama yang aku belajar masa di universiti tak setara dengan apa yang belajar masa di sekolah menengah, bila dah belajar sesuatu yang dah advance, maka mulalah meremehkan yang basic.. aduhai manusia bernama aku

Bila dah grad, dah kawin, dah ada anak... masih jua aku ini lalai. Kejayaan dalam karier, gaji yang makin bertambah, kereta yang makin besar, rumah yang makin selelsa, semuanya menyebabkan aku seolah makin jauh dari Allah. Aku merasakan seperti semua ini dari usaha ku selama ini. 
Satu yang kosong dalam diri ini adalah ARAH HIDUP

Yerrr... kalau di pejabat, dari executive, kita akan aim nak naik Manager, bila dah manager aim nak naik senior manager plak kan. Tapi satu yang hilang dari dalam diri adalah apa aku nak buat esok, apa lagi yang nak aku achieve dalam hidup ini. 
Dah ada keluarga yang bahagia, ada kereta, ada rumah, bahkan seolah ada segalanya, walaupun bukan mewah. Mungkin saya ni lebih kepada comfort zone kut. Datang dari background family yang agak susah, so bila ada segalanya, rasa seperti kosong plak

Sehinggalah aku diuji oleh Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang. 
Ada satu kekurang yang di kurniakan oleh Tuhanku. Dan satu ketika, Dia beri aku apa yang aku inginkan, tapi separuh jalan, Dia ambil semula.
Berbulan rasanya aku rasa sedih dan tak keruan, airmata selalu mengalir kerana menyalahkan diri sendiri

Tapi sebeanarnya Allah nak berikan yang lebih baik... sedikit demi sedikit aku sedar yang sebenarnya terlalu banyak, uncounted, tak terbilang dengan jari jemari banyaknya rahmat yang Allah berikan disebalik ujian ini

Dengan kehilangan itu, Allah gantikan dengan undangan ke Baitullah yang mulia. Dengan kehilangan itu Allah gantikan dengan peluang untuk menjejakkan kaki ke Madinatul Munawwarah... Allah.. apalah sangat kehilangan itu jika apa yang digantikan jauh lebih baik
Dengan kehilangan itu Allah gantikan dengan aku menjumpai satu titik ARAH HIDUP ku yang selama ini hilang.
Allahurabbi... aku ampunilah aku
aku ingin kembali ke jalan Mu
Selama ini aku bercita2 untuk lulus cemerlang SPM.. tapi once aku dapat apa yang dihajati, itu bukan lagi satu arah hidup
bila aku berciti2 memilik rumah sendiri, bila dah dapat then bukan lagi satu arah hidup

ARAH HIDUP yang sebenarnya adalah MATI
kerana itulah sebenarnya tujuan hidup kita di dunia ini.
Tapi aku tak mau mati dengan keadaan membawa dosa
Aku ingin mati sebagai seorang yang di redhai Penciptanya
Setiap kali aku keluh kesah, aku akan ingat kembali arah hidupku
Satu cita-cita yang boleh dicapai tapi bukanlah mudah... kena didik diri dengan keikhlasan, kena didik diri kembali kejalan yang lurus. Dan bukan sahaja diri sendiri, tapi tanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan ummah

AlFajr:27-30

Ok sekian dulu... to be contd
Wassalam

Wednesday, March 19, 2014

Doa Naik Kenderaan

Jom kita amalkan...
#saya dengar dari ikim.fm recently tapi tak ingat siapakah ustaznya. Ini bila ustaz komen pasal MH370

Surah Hud ayat 41

وَقَالَ ارْكَبُواْ فِيهَا بِسْمِ اللّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Salam Perkenalan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Salam Perkenalan
Terima kasih di atas kunjungan ke blog ini
Tujuan perkongsian di blog ini adalah sebagai nota peribadi saya dalam usaha untuk memperbaiki diri ini.

saya, aku, ana..
hanyalah sekadar kata ganti nama
saya akan mati..
aku akan mati..
ana akan mati..

saya bakal menjadi mayat
aku bakal jadi mayat
ana bakal jadi mayat

Saya..
cantik atau pun tidak..
berjaya atau pun gagal..
kaya ataupun miskin..
tidak penting, yang penting adalah pengakhiran hidup saya
Mampukah aku dapatkan jaminan bahawa aku bakal mengakhiri nafas terakhirku dengan lafaz...